Categories: AlbumUlasan

Review Album – Munajat Kasih

Melayan kelunakan suara Azwan Ibrahim sungguh mengasyikan. Gaya taranum penyanyi nasyid ini yang teralun dalam album solo pertamanya, Munajat Kasih tampak begitu meyakinkan, lantas menjadi tarikan utama album ini.

Dalam album yang mengandungi zikir, doa dan beberapa lagu nasyid, ternyata bakat yang ada  pada beliau terlalu besar. Bermula dengan track Ana Al-abd’, Azwan konsisten dengan alunannya, dan ia menjadi sebahagian yang mewarnai album ini.

Antara lagu yang menjadi ‘killer song’ dalam album ini ialah Munajat Kasih dan Syahdu. Menariknya, album ini diwarnai dengan susunan muzik daripada music arranger yang sedang meningkat naik, Wan Salehuddin. Malah, nama Along  Exist yang selalu terbabit dalam penerbitan album-album nasyid tempatan turut terbabit dalam produksi album terbitan Wahyu Suci ini.

Selain itu, sebuah lagu malar segar bertajuk Sifatullah turut termuat dalam album terbitan Ito Lara ini. Rangkaian zikir dan selawat yang dibawa, adakala terasa begitu menusuk kalbu, dek melayan kelunakan suara Azwan.

Sebuah album yang harus dimiliki pada tahun ini. Malah, tidak segan untuk kami katakan bahawa rilisan ini adalah antara rilisan nasyid terbaik setakat separuh tahun 2011! -Munsyeed{Dot}Com

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago