Categories: AlbumTerkiniUlasan

Review Album: Ustaz Amal – Zikir Dan Doa Munajat

Album Zikir & Doa Munajat Ustaz Amal

 

Ustaz Amaluddin kini kembali lagi dengan album zikir terbarunya. Album yang bertajuk Zikir & Doa Munajat ini diterbitkan hasil usaha Inteam Records dan Ustaz Amaluddin sendiri.

Keunikan suara Ustaz Amal yang bertona lembut menjadi tumpuan utama album ini. Dengan menghimpunkan 15 zikir dan doa yang sangat elok diamalkan, baik selepas solat mahupun  dalam kehidupan seharian.

Tidak seperti album  zikir yang lain, yang membuatkan kami tertarik dengan album ini ialah suara latar harmoni yang bijak menyelit dicelah-celah alunan doa. Maka, setiap track tidak kedengaran terlalu kosong, dan ia menambahkan perasa album ini.

Di dalam album ini juga, dua anak lelaki Ustaz Amal, Muhammad Asadullah dan Muhammad Ajwad turut bergabung tenaga sama-sama menjayakan album ini. Malah, nama-nama besar seperti Frizdan, Pyan Saujana, Sariman Nowseeheart, Inteam dan Safarizan turut terlibat melatari vocal harmoni album ini.

Keseluruhannya, album ini sangat sesuai untuk didengari dan diamalkan. Dapatkan sekarang! -Munsyeed{Dot}Com

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago