OK, JUJUR… hampir 2/3 album nasyid kanak-kanak yang sampai ke tangan saya kesemuanya saya bakul sampahkan. Kesemuanya mempunyai masalah yang sama, buat cincai, tiada hala tuju malah ada album yang bertaraf sampah.
Namun bila menerima album sulung artis baru terbitan Hijjaz Records, Ali Din, saya agak skeptical. Adakah satu lagi album kanak-kanak yang bakal saya bakul sampahkan juga?
Saya diberitahu, HRSB berjaya mengesan ‘budak kecik’ ni untuk digilap bakatnya atas suaranya yang lantang. Hmmm, macamana hasilnya ye? Jom layan.
Track 1: Cabaran Hidup – Ya, sangkaan saya meleset. Track pembukaan album sahaja sudah terang menunjukkan kematangan rack pembukaan album sahaja sudah terang menunjukkan kematangan dalam kawalan mutu vocal. Track pop rock yang ringkas, tapi saya dapat rasa tenaga beliau membawakan lagu sebegini.
[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=IaWBPnDJ5-k” disablekb=”1″ fs=”1″ hd=”1″ rel=”0″ showsearch=”0″ showinfo=”0″]
Track 2: Alhamdulillah – Track yang perlahan sedikit daripada lagu sebelumnya. Mendengar suara beliau yang mampu membawa lagu-lagu bernada tinggi sebegini, mengingatkan saya pada Mamat Exists suatu ketika dulu. Bayangkan, lagu-lagu yang bersifat matang sebegini dinyanyikan oleh seorang kanak-kanak.
Track 3: Akhlak Mulia – Lagu bersifat moderate. Namun saya seakan tak boleh masuk dengan lagu berentak pop ‘cincai’ sebegini. Ada beberapa part yang saya rasa seperti terlalu longgar. Mungkin muzik berentak sebegini sudah bertaraf kuno. Cumanya, Ali Din bijak bermain vocal, namun rasanya masih belum cukup untuk melekat.
Track 4: Hujan – Verse pertama sahaja saya sudah terkejut dengan vocal beliau. Tinggi gila, namun bijak dia mengawal, dah macam kualiti orang dewasa punya nyanyian. Track ballad yang ada vibe rock kapak Melayu 90’an. Perghhh, saya tak dapat bayangkan jika beliau menyanyikan lagu ini 6-7 tahun akan datang bila suara dah pecah. Mesti lagi mantap dan gempak!
Track 5: Mama Papa – Track sentuhan anggota Hijjaz, Abai Os. Sesuai dengan umurnya yang masih kanak-kanak, terselit juga lagu berkonsep ala kanak-kanak. Hype dan simple, namun kekuatan vocal beliau yang lantang membuatkan lagu ini Nampak tight.
Track 6: Resah – Kembali kepada pop biasa, yang lebih slow. Sekali lagi suara lantang dan tinggi Ali Din menjadi tumpuan.
Track 7: Sayangku – Lagu ballad juga.
Track 9: Ibu – Akhirnya saya bertemu track terbaik album ini! Melodi lagu ini sungguh syahdu, dan digabung dengan vocal Ali Din, memang mantap hasilnya. Susunan muzik ballad yang ringkas, dan lebih banyak bergantung kepada vocal.
Ya, sangkaan saya meleset jauh. Ali Din mempunyai bakat yang sangat besar. Kekuatan vocal, tenaga sangat mantap. Bahkan apabila mendengar setiap lagu dalam album ini, sememangnya ia digubah mengikut tona vocal, sesuai dengan suara lantang yang dimiliki beliau.
Cuma pesan saya, diharap agar Ali Din tidak terlalu obvious dalam rilisan beliau dikemudian hari nanti, kerana perlu berhati-hati supaya tidak terlalu ‘oversing’ dan ‘over produced’, atau bahasa mudahnya, syok sendiri.
[button type=”link” link=”https://itunes.apple.com/us/album/osm-ali-din-ibu-tersayang/id793644734″ variation=”btn-success” target=”blank”]Download[/button] [button type=”link” link=”http://open.spotify.com/album/0CotzfCx3vRkk4CdAw5J8O” variation=”btn-success” target=”blank”]Dengar di Spotify[/button]