Categories: AlbumTerkiniUlasan

REVIEW: Gemersik Hati 2 : Doa dan Zikir Keinsafan & Kesejahteraan

ZIKIR DUET? Apa pula kali ni? Itu persoalan saya apabila menerima CD Zikir terbaru keluaran Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) yang bertajuk Gemersik Hati 2 : Doa dan Zikir Keinsafan
Keluaran kali ini agak istimewa, kerana buat pertama kali, dua penzikir tersohor tanah air iaitu Ustaz Munif Ahmad dan Ustaz Amaluddin bergabung dalam satu album. Saya agak, mungkin kompilasi biasa, satu zikir berselang-selang  diantara mereka. Namun bila dikhabarkan mereka berzikir secara duet, saya bertanya, camana agaknya hasilnya

Membuka cover CD album ini, rasanya biasa sahaja tiada apa yang menarik. Cuma sedikit kecewa tiada inlay disertakan di dalam. Jadi agak sukar saya mengetahui siapa yang berada di belakang tabir album ini.

Membuka track pertama album ini yang bertajuk Huwallah, saya mula terpegun dengan kelainan album ini. Suara harmoni yang melatari setiap zikir album ini disusun dengan melodi yang sangat cantik. Rasanya, harmoni sebegini hanya saya dengar dalam album-album antarabangsa, contohnya album Sheikh Misyari Al-Afasy.

Rasanya tak perlu lagi dipersoalkan lantunan suara Ustaz Munif dan Ustaz Amal, mereka memang pakar dalam bab album zikir ni. Malahan, konsep zikir duet yang ditampilkan memberi satu suntikkan segar dalam album bercorak zikir sebegini. Setiap turun naik nada, disusun rapi ditambah dengan elemen istimewa ‘Sahut-menyahut’ yang tak pernah saya dengar sebelum ini?

Ingin dengar konsep album zikir yang mempunyai kelainan? Dapatkan album ini!

[button type=”link” link=”https://itunes.apple.com/my/album/gemersik-hati-2-doa-dan-zikir/id802793822″ variation=”btn-success” target=”blank”]Download[/button]  [button type=”link” link=”http://open.spotify.com/album/7rcuNKlJeEzpjPn7KKKkVa” variation=”btn-success” target=”blank”]Dengar di Spotify[/button]

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago