Categories: AlbumTerkiniUlasan

Review: Hufaz-Kembali Pada Asas

HUFAZ. Rasanya baru pertama kali saya mendengar kumpulan ini. Salah seorang ahlinya, Amir merupakan kakitangan salah sebuah gergasi besar industri Nasyid di tanah air iaitu Hijjaz Records dan pernah membuat persembahan di Anugerah Nasyeed.Com.

Album sulung mereka, Kembali Pada  Asas merupakan buah tangan sulung mereka. Atas faktor kekangan pasaran, banyak kumpulan nasyid membikin album kurang daripada 8 atau 10 lagu, termasuk Hufaz yang hanya menampilkan 5 buah lagu.

Tapi tu  bukan penghalang untuk berkarya bukan? Oleh itu, jom kita layan lagu-lagunya!

TRACK 1 – Khusyuk : Dimulakan dengan lagu yang penuh energatik dan penuh bertenaga! Muzik pop rock yang rancak menjadi tunjang lagu ini. Vokal  pula, mereka pandai menyesuaikan ditengah-tengah muzik yang sedikit up seperti ini. Berasap jugak!

TRACK 2 – Idola Ku: Elemen ala ‘cinematic’ memulai lagu ini, sebelum dilatari dengan pop biasa. Lagu pasal Rasulullah. Harmoni dan susunan vocal mereka pun boleh tahan…tapi, kenapa tiba-tiba saya teringat seakan Raihan yer? Hehe

TRACK 3 – Zikir Rahsia – Kuat pula elemen tradisional dan muzik timur tengah dalam lagu ini pada awalnya, sebelum bercampur dengan elemen pop dan beat perkusi yang segar.

Track 4 – Ingatlah Allah – Sekali lagi pop moderate yang sedikit rancak menjadi tunjang. Boleh tahan jugak.

Track 5 – Kurnia Sakti Mu – Lagu Laid back, slow dan mellow. Mungkin motif mereka sengaja meletakkan lagu sebagai track terakhir untuk merehatkan penonton. Akhirnya dapat juga mendengar kekuatan vocal mereka melalui lagu sebegini.

Mendengar album ni, saya teringat-ingat pula Raihan dan Hijjaz. Mungkin atas sebab formasi struktur melodi dan harmoni yang kuat bau influencenya. Manakala bagi muziknya, mereka tampak selesa dengan pop moden yang ‘fast tempo’ dan juga moderate.

 

 

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago