Categories: AlbumTerkiniUlasan

Review: Imam Muda Hassan feat. SUFLIFE – ALFATIH 1453

Melakukan comeback di dalam industri muzik setelah sekian lama menyepi bukanlah sesuatu yang mudah. Adakalanya artis tidak mampu untuk bergerak seiring dengan trend terkini serta memenuhi kehendak pasaran semasa. Hal ini pastinya akan memberikan impak yang negatif kepada artis itu sendiri andai mereka gagal untuk membuktikan relevansi akan kewujudannya.

Kumpulan SUFLIFE bukanlah satu nama baru dalam industri nasyid tanah air. Oleh kerana itu, kemunculan semula ini menerusi album ALFATIH 1453 bersama Imam Muda Hassan pastinya sesuatu yang dinantikan oleh peminat setia masing-masing. Tanpa membuang masa, jom lihat apakah yang bakal dihidangkan oleh album ini.

Track 01 – Selawat Rindu: Album dimulakan dengan alunan selawat yang santai sejurus selepas bacaan hadith berkenaan fadhilat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Pada awalnya track ini kedengaran seperti alunan selawat tipikal yang melambak di pasaran. Walau bagaimanapun, telahan saya sedikit tersasar. Ternyata lagu ini cuba memberikan feel yang berbeza terutamanya pada bahagian susunan muzik di penghujungnya yang telah berjaya membuatkan saya memlilih untuk kembali mendengar rangkap penamat lagu ini.

Track 02 – Narration

Track 03 – Ku Bersyukur: Permulaan yang agak deep. Cuma penghayatan dan konsentrasi saya sedikit terganggu ketika bunyi drum yang agak kering mula mendominasi lagu ini pada minit 0:36.

Track 04 – Narration

Track 05 – Arfah: Lagu ini adalah sebuah dedikasi khas buat ibunda Imam Muda Hassan yang bernama Arfah. Maka sudah pasti bersesuaian bila ia dinyanyikan sendiri secara solo oleh beliau. Iringan muzik yang berat ke arah jazz ini terasa intim namun saya pasti andai Imam Muda Hassan mampu mendendangkan ia dalam mood hybrid jazz yang lebih tepat, lagu ini pasti akan memberikan kesan yang lebih padu kepada para pendengar.

Track 06 – Narration

Track 07 – Terima Daku Seadanya: Sebuah lagu cinta yang lain dari apa yang sedia ada pada album-album nasyid di pasaran. Pujian harus diberikan kepada komposer dan penulis lagunya atas keberanian mengetengahkan sesuatu yang berbeza. Mungkinkah ia kedengaran sedikit unik kerana penggunaan scale dan chord progression yang jarang diketengahkan? Mungkin anda (para otai muzik diluar sana) lebih mengetahui.

Track 08 – Narration

Track 09 – Wida’: Lagu arab yang dipetik daripada Khutbah Wida’Permulaan lagu ini sahaja sudah memberikan sedikit goosebumps. 

Track 10 – Narration

Track 11 – Al Fatih: Lagu yang menjadi hidangan utama album ini. Sejujurnya, track ini terasa agak kosong tanpa kehadiran backup vocal. Jiwa semangat yang cuba dibangkitkan menerusi lagu ini seakan tidak kesampaian walaupun memiliki susunan muzik yang keras.

Tak banyak yang dapat diperkatakan dengan penceritaan pada track 2, 4, 6, 8 dan 10.

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart

Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three…

2 weeks ago

“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”

Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak…

3 weeks ago

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024…

3 weeks ago

Wah! Menariknya Rancangan TV AlHijrah Sempena Syawal Tahun Ini.

Aidilfitri diraikan di TV AlHijrah dengan tema Syawal Menyebar Keinsanan. 13 seleksi rancangan istimewa akan…

3 weeks ago

Durioo+ Lancar Lagu Raya Berjudul Beraya Seronoknya!

Tidak lama lagi, suasana penuh keceriaan menyambut Hari Raya akan kembali menyinari Malaysia, dan tahun…

3 weeks ago

Anak Bulan Tidak Kelihatan, Arab Saudi Umum Sambut 1 Syawal 1445H Pada Rabu 10 April 2024

Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024. Pengumuman…

3 weeks ago