Categories: AlbumTerkiniUlasan

Review: Sedekad Wildan – Usah Berpaling Lagi

Setelah sedekad berkecimpung dalam bidang nasyid, akhirnya Wildan mengambil keputusan untuk menghasilkan album kompilasi karya terbaik mereka.

Rilisan  kompilasi kali ini, mereka  hanya tampil bertiga. Manakala Chelie sudahpun mengundurkan diri atas sebab komitmen kerja. Yang masih meneruskan perjuangan dalam industri nasyid, Zaidie, Hazar dan Razie. Namun mereka tetap tidak patah semangat dan enggan berundur, walaupun tampak seakan menyepi beberapa ketika.

Kompilasi yang diberi nama Sedekad Wildan: Usah Berpaling Lagi yang menampilkan 15 karya terbaik mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga turut merakamkan sebuah lagu baru bertajuk Usah Berpaling Lagi.

Single terbaru mereka, Usah Berpaling lagi menjadi taruhan mereka setelah lama menyepi. Lagu berkonsep pop merupakan tulisan Zaidie Wildan dan Zhizen Azarie, dan liriknya ditulis sendiri oleh Zaidie. Manakala, Halim Devotees bertindak sebagai penyusun muzik buat album ini. Pop ringan yang sedikit laid back, tapi seronok didengar.

Lagu-lagu hits yang pernah menaikan nama mereka dalam industri nasyid ini turut termuat dalam album ini. Lama juga tak dengar lagu-lagu seperti Tangisan Rindu, Setia Seorang Isteri dan Wajah di Hati.Pada kasarnya, mereka lebih selesa dengan pop nasyid yang ringkas.

Kepada peminat-peminat Wildan, jangan lupa dapatkan album ini yang telah berada di pasaran.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago