Album

REVIEW – Soutul Amal: #DutaKasihSayang

Mungkin secara peribadinya, saya menggelarkan kumpulan Soutul Amal ini dengan gelaran ‘most underrated nasyeed group’, kerana walaupun nama mereka tak segah  nama-nama besar dalam industri nasyid, namun mereka tetap berdiri teguh sejak penubuhan mereka pada tahun 1998. Saya sendiri pun tak kenal sangat,  Cuma mengenali Ustaz Fakhrul. Itupun lepas beliau menyertai program Imam Muda. Ehh, ke aku yang ketinggalan bas kilang??

Mungkin album-album sebelum ini dibuat biasa-biasa sahaja. Namun selepas membelek nama-nama yang terlibat disebalik tabir album ini, jelaslah bahawa mereka tidak mahu berkompromi dengan kualiti. Nama-nama seperti Alfa Booty, Rumie Booty, Daqmie, Bard Muffin dan yang lain antara orang-orang pro dalam industri yang banyak terlibat dengan produksi artis-artis ternama. Hmm, kali ni nampaknya seakan mahu all-out.

Jadi apa yang boleh diharapkan dalam album ini? Melihat nama-nama yang terlibat, saya meletakkan jangkaan yang agak tinggi untuk kualiti album ini. Adakah ianya tepat atau meleset? Hmmm

Selepas mendengar dengan teliti album ini beberapa kali lalu, saya tak dapat nafikan yang kualiti rakaman album ini agak seimbang dan sekata. Mungkin kerana hanya Rumie Booty seorang sahaja yang menyentuh proses mixing dan mastering album ini, bukannya seperti album lain dimana ‘lagu ni orang lain mix, lagu tu orang tu mix’… jadinya album tu kedengaran seperti kelam kabut. Good job!

Bagaimana lagu-lagunya. Ok saya mengaku sebelum ini pun saya tak berapa dengar sangat karya-karya mereka yang lepas, Cuma berpandukan dengan yang berlegar di  Youtube sahaja. Karya-karya terdahulu lebih straight forward, hanya bermuzikkan perkusi dan keyboard ala kadar, dengar harmoni yang… ala standard la nasyid ol-skool!

Album #DutakasihSayang kali ini berbeza. Muzik pop lebih banyak menguasai spektrum bunyi. Bukan pop berat, namun tak pula kedengaran kosong disana-sini. Ya, bagi peminat lama mereka, ini adalah sesuatu yang fresh. Cuma saya harapkan mungkin juga teringin mendengar nasyid yang penuh dengan ketukan perkusi, tapi dengan sound yang lebih fresh…hmm, mungkin?

Komen? Lagu-lagunya kedengaran tak seperti Soutul Amal yang dulu. Pop yang ringan, namun just nice sebab tak ada elemen meleret seperti sesetengah yang saya dengar. Muziknya juga bebas daripada eksperimen mengarut-ngarut.

Cumanya, lagu-lagu yang membangkitkan semangat seperti Langkah Pejuang, Srikandi Mujahidah tak seperti yang saya harapkan. Tak cukup ‘punch’ , ‘tight’ dan garang, tak seperti penasyid-penasyid daripada Indonesia. Arghhh, kenapa takde????

Overall, saya  salute mereka yang berani mati mengeluarkan full album 16 lagu  ditengah-tengah ‘lanun’ sedang  mengila mahu menjahanamkan industri nasyid. Nak buat, jalan terus sajalah!

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago