Categories: BeritaInternational

Rintik Air Hujan – Musafa Ajak Pendengar Menghayati Kebesaran Yang Maha Esa

Grup Nasyid Musafa bersama Enpi Records mengumumkan pelancaran single kedua mereka yang berjudul Rintik Air Hujan, yang kini boleh didapati di pelbagai platform penstriman digital (DSP) terkemuka seperti Apple Music, Spotify, TIDAL, YouTube Music, dan banyak lagi.

Lagu Rintik Air Hujan menceritakan tentang kebesaran Allah SWT melalui ciptaan-Nya, iaitu hujan, yang menjadi rahmat bagi alam. Lagu ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga dan melindungi bumi kerana bumi adalah titipan Allah yang harus dipelihara oleh umat Islam yang sejati.

Lagu ini dicipta oleh Andika Rahman, seorang munsyid senior dari Suara Pujangga, ketika beliau berkuliah di Universitas Negeri Semarang sekitar tahun 2003 hingga 2004. Rintik Air Hujan pernah menjadi sangat popular di kalangan mahasiswa di Semarang dan masih menjadi salah satu lagu kesukaan di sana.

Grup Musafa yang terdiri daripada lima anggota iaitu Hamzah Asadudin, Hari Nugraha, Fikri Hanif, Hafizhul Haq, dan Ilham Wicaksono berharap agar lagu ini dapat memberikan nilai-nilai positif kepada para pendengar, khususnya di Indonesia. Selain itu, mereka berharap lagu ini dapat menjadi karya yang menyejukkan dan menyentuh hati semua yang mendengarkannya.

Grup Nasyid Musafa dan Enpi Records mengajak semua peminat muzik untuk menikmati lagu Rintik Air Hujan dan mendapatkan inspirasi serta kedamaian dalam setiap bait liriknya

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago