Categories: PengumumanProgram

Roadshow Anugerah Nasyeed.Com Di Kuala Lumpur!

Roadshow Anugerah Nasyeed.Com di Wangsa Walk.

Setelah puas menjelajah ke Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia, kali ini Roadshow Anugerah Nasyeed.Com akan diadakan di kawasan sentral- Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Berikut adalah butiran mengenai Roadshow Anugerah Nasyeed.Com yang akan diadakan pada hujung minggu ini:

Tarikh : 7 April 2012, Sabtu
Tempat : Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur. (Berhampiran LRT Sri Rampai)
Waktu : 2.00pm – 6.00pm
Artis Yang Terlibat : Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Saujana, Devotees, Mawi, Algebra, Destiny, Du’a, R-If dan Al Farabi Band.

Aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan sepanjang Roadshow Anugerah Nasyeed.Com:

  • Persembahan hebat dari artis-artis nasyid tanahair.
  • Sesi bergambar bersama artis
  • Sesi autograf bersama peminat
  • Kuiz
  • dan banyak lagi.

Ajak rakan-rakan, saudara mara dan ahli keluarga untuk hadir ke Roadshow Anugerah Nasyeed.Com Sabtu ini. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan artis-artis nasyid kesayangan anda.

Roadshow ini dibawakan khas oleh Nasyeed.Com dengan kerjasama TV AlHijrah dan pihak pengurusan Wangsa Walk Mall. Disokong kuat oleh Munsyeed{Dot}Com!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

7 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

7 months ago