Categories: BeritaTempatanTerkini

“Rupanya Qari Aiman ini artis nasyid. Patutlah sedap suaranya! – Netizen teruja jumpa lagu nasyid Qari Aiman

Nama Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan kini meniti di bibir para pencinta Al-Quran selepas beliau dinobatkan sebagai Juara Tilawah Lelaki Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa Kali ke-65 Tahun 2025.

Lebih mesra disapa Manqaree, jejaka berbakat ini bukan sahaja mahir dalam seni tarannum, malah turut aktif dalam dunia muzik nasyid tanah air bersama Kumpulan Madinah, yang turut dianggotai oleh Fadzli Fareast, Maliq Suhaimi, dan Nazmi Yusri.

Medley Melakar Cinta – Madinah

Selepas kejayaan single pertama Salam Madinah dan Medley Melakar Cinta, Madinah kini kembali dengan projek terbaharu berjudul Rindu Kubah Hijau”.

Lagu ini mendapat sentuhan melodi indah daripada Fadzli Fareast manakala liriknya ditulis oleh penulis lirik terkenal, ITO Lara.

Dirancang untuk dilancarkan sempena bulan Maulidurrasul, “Rindu Kubah Hijau” menjanjikan paduan melodi syahdu dan lirik penuh penghayatan, membangkitkan rasa rindu mendalam terhadap bumi Madinah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bagi yang ingin menjemput Madinah membuat persembahan, boleh menghubungi ITO Lara di talian 017-377 2902.

Dengan kemenangan berprestij Aiman di pentas tilawah dunia serta kemunculan single baharu ini, tahun 2025 dilihat bakal menjadi tahun gemilang buat Madinah dalam mewarnai arena muzik nasyid tanah air.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

1 month ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

1 month ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

1 month ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

1 month ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

1 month ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

1 month ago