Categories: BeritaInternational

Sah! Sami Yusuf Akan Adakan Konsert Pertama Di Malaysia

Konsert Salaam yang bakal menampilkan artis antarabangsa, Sami Yusuf. Gambar ihsan: Mu'adz Dzulkefly.

Tamatlah teka-teki dan khabar angin mengenai Konsert Sulung artis antarabangsa terkenal, Sami Yusuf di Malaysia. Ya, Sami Yusuf akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada Julai 2012 di Stadium Melawati Shah Alam.Pengumuman berita gembira ini telah dibuat oleh Sami Yusuf sendiri di Majlis Sidang Media Konsert Salaam yang berlangsung di sebuah restoran makanan arab terkenal Kuala Lumpur, Restoran Hadramaut.

Diberi nama Konsert Salaam, konsert pertama Sami Yusuf di Malaysia ini bakal menjadi hadiah istimewa Sami Yusuf buat para peminatnya di Malaysia yang tidak jemu-jemu menantikan kehadiran Sami Yusuf di Malaysia. Konsert Salaam ini dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Ptd Ltd yang berpusat di Singapura.

Pihak kami difahamkan, serentak dengan konsert itu, Sami Yusuf akan melancarkan album terbaru beliau yang berjudul Salaam.

Sidang Media Konsert Salaam Sami Yusuf di Restoran Hadramawt. Gambar ihsan: Razin Mestica.

Di Majlis Sidang Media yang sama, Sami Yusuf turut mengambil peluang meraikan beberapa kumpulan penghuni rumah anak yatim, warga emas dan kanak-kanak istimewa yang didatangkan khas oleh pihak penganjur. Sinonim sebagai artis yang aktif menjalankan kerja-kerja amal kemasyarakatan, Sami Yusuf kelihatan begitu mesra menyapa dan menghiburkan golongan tersebut yang begitu dekat dihati beliau.

Majlis sidang media tersebut turut dihadiri oleh para pengamal media dan beberapa orang artis Malaysia seperti Mestica, Amin Inteam, UNIC dan Mu’adz Dzulkefly.

-Munsyeed{Dot}Com.

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago