Categories: BeritaTempatanTerkini

SALAAM – Sebar Nasyid Tanpa Sempadan Budaya

Penyampaian dakwah melalui nasyid di tanah air tidak menjadikan persoalan bahasa penghantar sebagai yang diterjemahkan melalui lagu. Sifat universal agama Islam itu sendiri membawa kepada penyebaran dakwah kepada segenap pelusuk bangsa, yang sudah tentu berlainan bahasa dan budaya.

Atas dasar universal itu, beberapa penasyid dengan bantuan peminat nasyid telah menubuhkan sebuah kumpulan yang cukup unik.  Kumpulan yang dinamakan sebagai Salaam, ditubuhkan oleh empat penasyid yang rata-ratanya mempunyai bakat dan pengalaman luas dalam industri nasyid Malaysia.

Apa yang menarik, kumpulan  yang berformasikan ahli ala ‘Supergroup’ ini menggabungkan Zaidie Rustam (Wildan), Ahmad Fadzli Bakar (FarEast), Azwan Ibrahim (FarEast) and Mu’adz Dzulkefly sebagai ahlinya itu menjadikan bahasa Tamil sebagai medium dalam lagu-lagu mereka.

Kesemua ahli-ahli yang menyertai projek Salaam ini mampu berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan ada dikalangan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang taranum Al-Quran. Malah, kebolehan mereka untuk menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Hindi dan Tamil membuatkan kumpulan ini lebih versatile dalam penyampaian dakwah mereka.

Menurut mereka, idea untuk menubuhkan kumpulan ini telah bermula pada tahun 2000, namun hanya dapat direalisasikan sejak setahun dua kebelakangan ini. Dengan membawa maksud Salaam sebagai aman, mereka mengadaptasi muzik sebagai medium untuk  member motivasi dan sentuhan spiritual kepada para pendengar.

Album sulung mereka, Oli Thedium dijangka akan menjengah pasaran tidak berapa lagi. Menurut mereka, album sulung tersebut memuatkan lagu-lagu nasyid berbahasa Tamil. Proses penerbitan album tersebut dilakukan di Malaysia dan India, dengan mendapat kerjasama dengan beberapa penerbit dan pengkarya berbangsa India.

Kumpulan ini juga aktif membuat persembahan di merata tempat. Terbaru, mereka telah terbang ke Chennai, India untuk menjayakan beberapa persembahan di sana, bersama beberapa delegasi dari Malaysia yang turut membuat lawatan kerja kesana.

Dengan harapan untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak yang berobjektif sama seperti mereka untuk menyebarkan mesej keamanan dan penyatuan masyarakat, mereka juga mengharapkan agar dapat menaikan lagi martabbat industri nasyid ke peringkat antarabangsa dengan kepelbagaian medium bahasa seperti Tamil, Hindi, Mandarin dan sebagainya. MUNSYEED.COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago