Categories: BeritaNasyid Di IPT

Sallehuddin Sebarkan Nasyid Secara Online

Sallehudin

Bukan mudah untuk mengembangkan bakat disaat cetak rompak dan aktiviti memuat turun secara haram masih berleluasa. Namun, bagi pemuda yang berwawasan tinggi ini, segala masalah-masalah yang datang dijadikan cabaran untuk dihadapi bagi memenuhi impian untuk bernasyid dan berdakwah.

Mohd Sallehudin Bin Ismail atau lebih selesa dipanggil Sallehudin merupakan seorang ahli nasyid yang menceburi dunia nasyid melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Tidak sekadar bergantung pada rupa paras, Sallehudin yang mempunyai vokal yang cukup mantap ini berusaha bersungguh-sungguh mencipta lagu untuk diperdengarkan kepada rakan-rakan dan peminat-peminat beliau di laman Facebook dan Twitter.

Sallehudin

Menurut mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini, kebanyakkan lagu-lagunya dimuat naik di laman SoundCloud dan beliau membenarkan para peminatnya memuat turun lagu-lagu ciptaannya secara percuma di laman tersebut.

Mengimbau kembali disaat-saat awal pembabitan beliau dalam dunia seni suara secara online ini, Sallehudin memberitahu yang beliau banyak menyanyikan lagu-lagu artis popular sebagai cover version untuk melihat respon pendengar.

“Pada mulanya, saya banyak menyanyikan lagu-lagu artis nasyid yang popular. Saya rakam menggunakan peralatan terhad yang saya ada kemudian saya muat naik di laman Youtube. Saya kongsikan rakaman video tersebut di laman Facebook dan alhamdulillah, respon para pendengar sangat positif.” ujar Sallehudin.

Beliau turut menambah, “Semakin lama semakin banyak gesaan yang dibuat oleh rakan-rakan untuk saya menghasilkan dan menyanyikan lagu saya sendiri. Saya menjadikan Hafiz Hamidun dan Halim Devotees sebagai sumber inspirasi dan saya berusaha untuk hasilkan lagu saya sendiri. Cubaan pertama saya dalam penciptaan lagu mendapat respon yang memuaskan dari para peminat. Dari hari ke sehari, saya perbaiki dan saya lakukan penambahbaikan terhadap lagu-lagu ciptaan saya sehinggalah terhasil album nasyid online ini.”

Album Nasyid Online
Bercerita mengenai Album Nasyid Online milik beliau, Sallehudin menjelaskan yang album tersebut sekadar hasil karya beliau untuk menunjukkan bakat muzik dan minat beliau terhadap nasyid. Album yang mengandungi 5 track lagu itu boleh dimuat turun oleh peminat secara percuma di laman www.soundcloud/msallehudin.

“Saya mahu melihat respon pendengar untuk karya pertama saya ini. Disamping itu, saya juga mendapatkan nasihat dan kritik saran yang membina dari orang yang berpengalaman  mengenai album online pertama ini. Lagu Alhamdulillah mendapat respon paling positif dan mendapat hit tertinggi. InshaAllah, saya dalam proses merakam semula lagu tersebut dengan susunan muzik yang baharu untuk single saya akan datang datang.” jelas Sallehudin.

Selain memperuntukkan masa di dewan kuliah, Sallehudin turut memanfaatkan masa cuti dan masa lapangnya dengan memenuhi undangan persembahan pentas dari pelbagai pihak. Sallehudin berharap, kemunculan beliau di arena nasyid akan diterima baik oleh semua pihak dan ia akan menjadi motivasi yang terbaik untuk beliau terus melangkah ke hadapan mencapai kejayaan.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago