Sami Yusuf Diharamkan!

Penyanyi British kelahiran Iran, Sami Yusuf, pada awal minggu ini telah melahirkan rasa terkejut selepas dimaklumkan mengenai pengharaman yang dikenakan ke atas beliau dari sebarang bentuk penyiaran di stesen televisyen dan radio negara Iran. Langkah pengharaman ini telah diambil berikutan penganjuran konsert Sami Yusuf di bandar Nazareth Israel, yang telah diadakan pada 5 Julai yang lalu.

Laman web berita Iran melaporkan pada awal minggu ini bahawa stesen televisyen negara tersebut telah menguatkuasakan pengharaman ini di semua saluran selepas Sami Yusuf mengadakan persembahan di Nazareth, walaupun kebanyakan penduduk berserta para hadirin di konsert tersebut terdiri dari rakyat Palestin sendiri.

“Lawatan Sami Yusuf baru-baru ini ke wilayah jajahan (kawasan tapak suci bagi bangsa Yahudi dan penganut Kristian termasuk tapak pembaptisan Nabi Isa as) menjadi punca mengapa karya beliau diharamkan dari disiarkan di televisyen negara ini”, lapor portal berita Entekhab, sebuah laman berita di Iran.

Berikutan kontroversi ini, Sami Yusuf melalui laman web rasmi beliau telah tampil mengeluarkan kenyataan balas berhubung perkara ini.

“Saya amat terkejut mendengar mengenai pengharaman karya serta penampilan saya di stesen TV dan Radio rasmi Republik Islam Iran disebabkan persembahan saya di Nazareth baru-baru ini.”, kata Sami Yusuf.

“Saya tidak menyedari bahawa persembahan saya, yang mengukir senyuman di kalangan saudara-saudari Palestine saya, merupakan suatu kesalahan di mata kerajaan Iran, sehingga lagu saya di haramkan di sana. Saya mohon maaf kepada peminat di Iran di atas sekatan ini, tetapi saya tidak akan meminta maaf kerana membuat persembahan di Palestin”, tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya menambah: “Musik adalah bersifat bebas; tidak seharusnya dibatasi sempadan mahupun digunakan sebagai senjata politik. Ia sepatutnya bebas melangkaui masa dan zaman. Semoga suatu hari nanti kita dapat menyaksikan sebuah negara Palestine yang merdeka.”

Tinjauan kami di laman Facebook rasmi Sami Yusuf sehingga hari ini menyaksikan reaksi yang pelbagai dikalangan peminat. Walaupun majoriti peminat menyokong tindakan berani yang dilakukan oleh Sami Yusuf, namun tidak kurang juga dikalangan mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan menganggap Sami Yusuf tidak serius dalam usaha memboikot negara haram Israel.

– Munsyeed

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago