Categories: BeritaTempatanTerkini

“Saya memang teringin nak kongsi moment indah di Cappadocia ini bersama peminat…” – Halim Ahmad

Fuh! Memang luarbiasa sentuhan penyanyi versatil, Halim Ahmad kali ini. Siapa yang tidak terpukau dengan keindahan Cappadocia yang diabadikan oleh Halim dalam video muzik terbaru beliau yang berjudul Yalla Habibi. Dengan lagu yang berentak rancak, video muzik yang luar dari kebiasaan, Halim cuba membawa paradigma baharu dalam industri nasyid Malaysia.

Yalla Habibi yang bermaksud jom merupakan sebuah lagu yang mengajak pendengar untuk lebih menghargai insan yang tersayang.

Yalla Habibi – Ajak Pendengar Ekspresikan Cinta

“Yalla Habibi berkisar tentang apresiasi buat orang yang tersayang. Nak luahkan betapa berharganya kehadiran mereka dalam hidup kita,” kata Halim.

“Ada sesetengah orang, dia sayang. Tetapi dia tidak tunjuk. Jadi orang yang dia sayang itu tidak tahu dan rasa kurang dihargai. Jadi menerusi lagu ini, kita ajak orang untuk ekspresikan rasa itu.”

“Sayang ini tidak terhad kepada suami dan isteri semata-mata. Boleh jadi antara ibu bapa dan anak, sesama adik beradik, jiran tetangga dan sahabat handai. Lagu ini mengangkat mesej yang lebih bersifat universal.”

“Untuk tahun ini, Yalla Habibi adalah single ke-3 selepas Lembaran Juzuk Cinta (versi solo) dan Ini Cinta. Lagu ini fast, mcm Hai Anak. Kalau perasan, cuma lagu ini dan lagu Hai Anak sahaja yang rancak. Lagu saya yang lain kebanyakkannya mellow.”

“Lama saya simpan lagu ini. Peringkat awal, hanya ada melodi sahaja. Lepas hantar music arrangement kepada Wan Salleh, baru saya tulis lirik.”

Bercerita mengenai video muzik yang baru dilancarkan pada malam 1 Ramadan 1445H, Halim berkata, beliau pergi ke Turkiye semata-mata nak hasilkan video muzik untuk peminat.

“Saya memang teringin nak kongsi moment indah di Cappadocia ini dengan peminat” – Halim

“Pada 25 Februari sampai 4 Mac lepas, saya pergi ke Turkiye dengan videographer saya, Ahmad Nasuha. Memang pergi tu sebab nak shooting beberapa video muzik.”

“Asalnya, video muzik Yalla Habibi ni memang tiada dalam plan. Kita plan lagu lain. Lagu Yalla Habibi ni nak shoot di Malaysia sahaja.”

“Tapi sehari sebelum kita shoot, waktu tu saya sudah bayar sewa kereta klasik, nak shoot esok waktu sunrise berlatar belakangkan hot air balloon, kita fikir balik macam tak sesuai lagu yang kita nak shoot tu sebab suasana dan mood pada ketika itu macam happy. Hot air balloon tu pun berwarna warni, lebih kepada mood ceria, fun.”

“Jadi, kita decide untuk shoot Yalla Habibi. Shoot secara adhoc. Tanpa jalan cerita yang rumit sangat. Saya hanya nak kongsikan kecantikan dan keindahan salah satu moment yang saya rasa sangat berbaloi untuk saya kongsikan kepada peminat. Ramai yang nak pergi ke Cappadocia, Turkiye ni. Jadi, dengan perkongsian video muzik ini, saya berkongsi moment keindahan ini dengan peminat dan pendengar Yalla Habibi.”

“Saya memang teringin nak abadikan scene dan moment tersebut dalam video muzik saya. Alhamdulillah, impian dan niat saya untuk berkongsi moment ini dapat direalisasikan.”

“Yang penting, semuanya telah tersusun dengan sempurna. Cantik aturan dan ketetapanNya. Saya dapat shoot sunrise, dapat kereta klasik dengan warna yang saya nak, sebab kalau bukan rezeki, mungkin saya dapat kereta yang berwarna kusam. Tapi, alhamdulillah, dapat warna yang saya nak.”

“Kemudian hari tu kebetulan ada hot air balloon yang terbang. Sebab walaupun Cappadocia tu popular dengan hot air balloon, tapi tak setiap hari dia terbang. Mereka akan check cuaca dan angin, sama ada boleh terbang atau tidak. Kalau angin kuat ke atas, mereka tak bagi terbang. Alhamdulillah, rezeki kami dapat timing yang sangat sesuai. Lokasi pun memang bertepatan dan sesuai. Syukur sangat.”

“Tak semua orang ada passion yang sebegini dalam” – Halim

Apabila ditanya mengenai kos pembikinan video muzik ini, Halim hanya tersenyum dan enggan mendedahkan kos pembikinan video muzik ini. “Tak semua orang sanggup spend. Tak semua orang ada passion yang sebegini dalam.”

“Bila kata nak buat music video, otak saya jadi ligat. Macam-macam nak buat. Saya nak orang nampak Halim Ahmad punya vision lain daripada yang lain. Saya selalu travel dan lihat tempat-tempat orang yang cantik. Alhamdulillah, finally selepas lebih berbelas kali ke Turkiye atas urusan kerja, i managed to capture one of the best moments on earth dan share dengan kalian. Hopefully this will elevate nasyid to another level, insyaAllah,” cerita Halim.

Yalla Habibi sudah mula berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago