Connect with us

Berita

“Sedapnya Bazli cover lagu Raihan! Deep…” – Peminat Suka Bazli Nyanyi Lagu Raihan

Diterbitkan

pada

Bazli Hazwan UNIC

Bazli Hazwan, salah seorang anggota kumpulan nasyid popular UNIC, semakin aktif berkongsi cover lagu-lagu Raihan di media sosial, mengundang reaksi positif daripada peminat nasyid tanah air.

Dengan vokalnya yang merdu dan penuh penghayatan, Bazli menyampaikan lagu-lagu ikonik dan malar segar kumpulan legenda itu seperti Iman Mutiara, Puji-Pujian, Peristiwa Subuh, Demi Masa, dan banyak lagi.

@bazli.unic

PERISTIWA SUBUH by Raihan, Next korang nak Bazli cover lagu Raihan lagu apa lagi? Mana yang banyak aku nyanyi😁

♬ original sound – bazliunic – Bazli UNIC

Ramai peminat berpendapat nyanyian Bazli bukan sahaja membawa nostalgia, malah memberikan nafas baharu kepada lagu-lagu malar segar tersebut.

Rata-rata komen di platform digital memuji usaha Bazli yang dilihat mengangkat kembali lagu-lagu Raihan untuk diperdengar dan diperkenal kepada generasi baharu.

Ada juga yang mencadangkan agar Bazli berduet dengan ahli asal Raihan atau menghasilkan album khas cover lagu-lagu mereka.

Adakah ini petanda kerjasama istimewa antara UNIC dan Raihan bakal terjalin? Sama-sama kita nantikan!

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Selesa dan berbaloi!” – Rabbani Ajak Peminat Buka Puasa di Ruang Rama PJ

Diterbitkan

pada

Rabbani di Ruang Rama PJ

Ruang acara terbaharu, Ruang Rama, membuka lembaran baharu dalam industri hospitaliti dengan penganjuran Bufet Iftar yang meriah pada 12 Februari 2025.

Majlis ini bukan sahaja menandakan pembukaannya secara rasmi, malah turut menyatukan para tetamu dalam suasana penuh keakraban sempena Ramadan yang bakal menjelma.

Menampilkan pelbagai hidangan tradisional serantau dengan rasa autentik, pengalaman berbuka di Ruang Rama menjadi lebih istimewa dengan persembahan kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, yang akan menghiburkan tetamu sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Azadan Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani, mereka berbesar hati untuk menyumbang kepada komuniti menerusi muzik yang membawa ketenangan dan semangat kebersamaan.

“Ini adalah peluang bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama,” ujar Azadan.

Menambah lagi kemeriahan majlis, Dato’ Aishah turut hadir sebagai artis undangan pada malam Iftar Buffet Preview, memukau tetamu dengan persembahan bertenaga dan penuh jiwa.

Persembahan gamelan turut menghidupkan suasana, menjadikan malam tersebut satu pengalaman budaya yang tidak dapat dilupakan.

Majlis ini turut dihadiri oleh nama-nama besar industri hiburan seperti Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, Daqmie, penulis lirik prolifik ITO Lara, Halim Ahmad, ahli kumpulan Popshuvit, Bunkface, bersama lebih 400 tetamu lain yang memeriahkan acara.

Hadir sama pada malam itu, kumpulan nasyid Aeydan dan penyampai SalamFM Arif Radzi.

Bagi yang ingin menikmati hidangan bufet Ramadan di Ruang Rama, harga yang ditawarkan adalah RM89 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Namun, bagi tempahan Early Bird dari 12 hingga 25 Februari 2025, tetamu boleh menikmati harga istimewa RM79 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. Harga tidak termasuk SST.

Sebagai tambahan, Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, agensi pelancongan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri bufet iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025.

Hadiah utama termasuk pakej Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise, menjadikan bufet ini lebih dinanti-nantikan.

Bukan sekadar lokasi berbuka puasa, Ruang Rama bersedia menjadi destinasi pilihan untuk majlis perkahwinan, acara korporat, serta pelbagai sambutan istimewa.

Terletak di lokasi strategik di Lembah Klang, Ruang Rama menawarkan pakej promosi serendah RM12,999+, termasuk sistem AV, dekorasi klasik, serta pelbagai kemudahan lain.

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai Bufet Iftar atau perkhidmatan Ruang Rama, hubungi +6012-230 5783.

Continue Reading

Berita

JAKIM Kongsi Hadis Larangan Menyerupai Jantina Lain

Diterbitkan

pada

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berkongsi sebuah hadis Nabi Muhammad SAW di platform media sosial mereka mengenai larangan menyerupai jantina lain, sebagai peringatan kepada umat Islam tentang kepentingan menjaga identiti jantina masing-masing seperti yang ditetapkan oleh syariat.

Dalam perkongsian itu, JAKIM memetik hadis yang direkodkan oleh Abu Qatadah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.”
(Riwayat Abu Daud, 4098)

JAKIM menjelaskan bahawa Islam melarang lelaki menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang dikhususkan untuk golongan wanita, manakala wanita juga dilarang memakai pakaian yang menjadi kebiasaan lelaki serta berkelakuan seperti seorang lelaki.

Menurut JAKIM, Islam telah menetapkan garis panduan yang jelas dalam memelihara fitrah manusia, di mana lelaki perlu kekal dengan identitinya sebagai lelaki dan begitu juga wanita.

Hikmah penciptaan setiap jantina oleh Allah SWT membawa rahmat serta tujuan tertentu yang telah ditetapkan dalam sunnatullah.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang menyatakan sokongan terhadap peringatan itu.

JAKIM sentiasa berusaha memberikan panduan serta kesedaran kepada umat Islam mengenai kepentingan memelihara nilai-nilai agama dan identiti diri sejajar dengan ajaran Islam.

Continue Reading

Berita

Saff One Bakal Muncul Dengan ‘Zikir Nurani’ Ramadan Ini

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid Saff One kembali menghangatkan industri dengan projek terbaru mereka sempena bulan Ramadan.

Menerusi satu hantaran di media sosial, kumpulan ini berkongsi beberapa gambar dari lokasi penggambaran video muzik (MV) bagi projek istimewa mereka yang diberi nama “Zikir Nurani”.

Menurut kapsyen yang dimuat naik, pembikinan MV ini berlangsung di Taman Persahabatan Jepun, Shah Alam, sebuah lokasi indah yang pastinya menambahkan elemen ketenangan dalam karya mereka.

Saff One juga mendedahkan bahawa empat trek zikir akan dimuatkan dalam projek ini, menjadikannya sebagai buah tangan pertama mereka untuk tahun 2025.

“Pembikinan MV ZIKIR NURANI SAFF ONE – 4 tracks. @Taman Persahabatan Jepun, Shah Alam. Nantikan 4 tracks Zikir Nurani Saff One… Ramadan ini. Insyallah.”

Perkongsian ini pastinya menggembirakan peminat yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan yang sinonim dengan alunan zikir dan nasyid yang mendamaikan jiwa.

Dengan pelancaran projek “Zikir Nurani”, Saff One sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menyebarkan mesej keislaman melalui muzik.

Sama-sama kita nantikan kehadiran karya ini pada Ramadan nanti!

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment