Categories: Terkini

Sejenak Bersama: Azadan Rabbani dan Bakerinya…

Berada di dalam kumpulan nasyid antara yang terpopular di Malaysia bukanlah  satu isyarat untuk ‘goyang kaki’ dan hanya mengharapkan rezeki hasil nyanyian, persembahan dan jualan album sahaja. Malah, ramai juga dikalangan penasyid yang turut memiliki perniagaan sendiri bagi menambah pendapatan dan mencari pengalaman dalam bidang lain.

Krew Munsyeed.Com sempat bertemu dengan anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang secara kebetulan, terserempak dengan kami di sebuah bakeri miliknya di Kajang.

“Dah sebulan jugalah saya mengusahakan bakeri ini”ujar Azadan memulakan bicaranya ketika kami duduk berbual dengannya.

Menurutnya, ia bermula dengan usahanya dalam  bidang perkhidmatan makanan dimana beliau turut mengusahakan kantin di sebuah sekolah di kawasan Putrajaya dan turut membekalkan makanan ke beberapa tempat yang lain.

Bakeri yang dimilikinya sekarang sebenarnya adalah kedai bakeri milik anggota kumpulan Far East, Fadzli. Ketika ditanya, beliau menceritakan bahawa bakeri itu kini dimiliki sepenuhnya oleh Azadan setelah melalui proses pengambil alihan.

“Fadzli sebenarnya telah berpindah ke Melaka bersama keluarganya yang bertugas di sana. Jadi dia telah menawarkan kepada saya untuk mengambil alih Far East Bakery. Dari situlah bermulanya bakeri ini”

Pada masa ini, bakeri yang masih belum diberi nama lagi menawarkan pelbagai jenis makanan berasaskan roti dan pastry dengan harga berpatutan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan Rabbani, Azadan berkata bahawa mereka kini sibuk dalam rangka tour ke seluruh Malaysia. Malah, mereka baru sahaja menjayakan Malam Sinar Maulidurrasul dan Karnival Mahabbah yang diadakan di kedah baru-baru ini.

“Insyaallah dalam bulan depan, kami juga akan sibuk dengan Rabbani Travel and Tours. Antaranya ialah program Melancong ke Singapura dan yang akan datang, pakej umrah”

Bercerita tentang album baru, beliau menolak kemungkinan Rabbani akan melahirkan album terbaru dalam jangka masa terdekat ini. Namun begitu,Rabbani akan mengeluarkan sebuah kompilasi khas yang dijangka akan keluar dalam bulan Julai ini.

Menariknya, kompilasi ini akan turut mengandungi seleksi lagu ‘B-sides’ yang menurut Azadan, ia telah dirakam sebelum ini namun tidak dikeluarkan di dalam album. Kompilasi itu akan turut mengandungi beberapa single terbaru Rabbani, termasuk beberapa ‘unreleased’ single yang dirakamkan di Kuwait semasa Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim masih hidup.

“Kami lebih gemar mengeluarkan single dan kompilasi buat masa sekarang. Kalau nak buat album baru tu, susah sikit. Jualan album dan industri muzik sekarang sedang sakit tenat, sangat tenat.  Nak jual laku pun susah”Ujarnya menutup perbualan kami.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago