Categories: BeritaTempatan

“Selesa dan berbaloi!” – Rabbani Ajak Peminat Buka Puasa di Ruang Rama PJ

Ruang acara terbaharu, Ruang Rama, membuka lembaran baharu dalam industri hospitaliti dengan penganjuran Bufet Iftar yang meriah pada 12 Februari 2025.

Majlis ini bukan sahaja menandakan pembukaannya secara rasmi, malah turut menyatukan para tetamu dalam suasana penuh keakraban sempena Ramadan yang bakal menjelma.

Menampilkan pelbagai hidangan tradisional serantau dengan rasa autentik, pengalaman berbuka di Ruang Rama menjadi lebih istimewa dengan persembahan kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, yang akan menghiburkan tetamu sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Azadan Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani, mereka berbesar hati untuk menyumbang kepada komuniti menerusi muzik yang membawa ketenangan dan semangat kebersamaan.

“Ini adalah peluang bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama,” ujar Azadan.

Menambah lagi kemeriahan majlis, Dato’ Aishah turut hadir sebagai artis undangan pada malam Iftar Buffet Preview, memukau tetamu dengan persembahan bertenaga dan penuh jiwa.

Persembahan gamelan turut menghidupkan suasana, menjadikan malam tersebut satu pengalaman budaya yang tidak dapat dilupakan.

Majlis ini turut dihadiri oleh nama-nama besar industri hiburan seperti Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, Daqmie, penulis lirik prolifik ITO Lara, Halim Ahmad, ahli kumpulan Popshuvit, Bunkface, bersama lebih 400 tetamu lain yang memeriahkan acara.

Hadir sama pada malam itu, kumpulan nasyid Aeydan dan penyampai SalamFM Arif Radzi.

Bagi yang ingin menikmati hidangan bufet Ramadan di Ruang Rama, harga yang ditawarkan adalah RM89 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Namun, bagi tempahan Early Bird dari 12 hingga 25 Februari 2025, tetamu boleh menikmati harga istimewa RM79 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. Harga tidak termasuk SST.

Sebagai tambahan, Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, agensi pelancongan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri bufet iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025.

Hadiah utama termasuk pakej Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise, menjadikan bufet ini lebih dinanti-nantikan.

Bukan sekadar lokasi berbuka puasa, Ruang Rama bersedia menjadi destinasi pilihan untuk majlis perkahwinan, acara korporat, serta pelbagai sambutan istimewa.

Terletak di lokasi strategik di Lembah Klang, Ruang Rama menawarkan pakej promosi serendah RM12,999+, termasuk sistem AV, dekorasi klasik, serta pelbagai kemudahan lain.

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai Bufet Iftar atau perkhidmatan Ruang Rama, hubungi +6012-230 5783.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago