Categories: Terkini

Setahun Disini….

Assalammualaikum semua.

 

Coretan ini istimewa. Saya titipkan bingkisan ini tatkala genaplah setahun tertubuhnya Munsyeed.com. Pejam celik, sudah 365 hari masa itu berlalu. Pantas sungguh detiknya, rasa bagai semalam sahaja baru kami wujudkan Munsyeed sebagai wadah untuk kami untuk sama-sama menyampaikan info berkaitan nasyid.

Tercetusnya idea membikin Munsyeed sebagai medium media Nasyid ini sebenarnya bermula dari perbulan kosong kami semua ketika dalam kereta, dalam perjalanan untuk ke Konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati tahun lepas. Saya sendiri mulanya sangkakan hanya blog biasa-biasa sahaja, namun tak sangka sampai ditahap begini.

Apa yang membezakan kami dengan media nasyid yang lain, kami menubuhkan sebuah syarikat khas untuk menaungi medium kami. Dan sebagai media juga, kami menggunakan terma-terma standard dalam bidang kewartawanan untuk menjadi sebagai gerak kerja. Jawatan-jawatan seperti ketua pengarang, editor, wartawan semua kami aplikasikan. Ringkasnya, kami mengaplikasikan gerak kerja sebagai sebuah ‘agensi media’.

Saya sendiri banyak berterima kasih kepada rakan-rakan pengarang dan editor beberapa media mainstream tempatan yang memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami dalam memantapkan lagi mutu pemberitaan kami.

Siapa sangka, usaha kerdil kami ini Alhamdulillah mendapat sokongan para penasyid. Saya masih ingat lagi, figura R&B Amer Munawer Yusoff menjadi sasaran  pertama interview eksklusif kami, diikuti Encik Malek (Munif Hijjaz Sdn Bhd) dan Bazli UNIC. Malah dengan bantuan rakan-rakan, Opick juga Berjaya kami ‘ambush’. Alhamdulillah, kami ucapkan berbanyak terima kasih pada para penasyid yang sudi memberi kerjasama kepada kami.

Namun, bukan mudah untuk kami melaksanakan tugas ini. Dengan kekangan tugas dan tanggungjawab masing-masing, kadangkala terasa sukar untuk kami memenuhi undangan yang bertindih. Namun, sedaya upaya juga kami cover juga apa yang tertinggal.

Kini, setahun berlalu. Kami mahu terus gigih membina nama. Hanya satu matlamat sahaja yang terbuku di hati setiap hati kami, mahu memantapkan lagi industri nasyid. Kami mahu melihat satu hari nanti, nasyid ini diangkat semula sebagai mainstream muzik Malaysia, sekaligus menyebarkan dakwah.

Insyaallah, kami akan terus berjuang dengan platform media Munsyeed selagi kami mampu. Buat semua, ayuh, sama-sama kita mantapkan lagi industri nasyid tanah air!

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago