Categories: Terkini

Sheikh Maher Al-Muqaily Di Malaysia, Bakal Imamkan Solat Jumaat

 

Selepas kedatangan imam besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman pada tahun lepas, Malaysia terus menjadi tumpuan imam-imam Masjid Suci itu untuk berkunjung ke Malaysia.

Pada bulan Jun ini, salah seorang imam Masjidil Haram Sheikh Dr. Maher Al-Muqaily akan berkunjung ke Kuala Lumpur. Kedatangan beliau kali ini adalah jemputan daripada pihak kerajaan untuk membentangkan satu kertas kerja pada Seminar Fiqh Kepimpinan yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut satu sumber yang rapat dengan penganjur, Sheikh Maher Al Muqaily juga bakal mengimamkan solat Jumaat bersama Perdana Menteri di salah sebuah Masjid/Surau Jumaat pada hari tersebut, 15 Jun 2012. Manakala, jadual beliau yang lain masih belum dapat dipastikan.

Tentu ramai yang ternanti kehadiran Sheikh Maher dengan kemerduan suaranya mengimamkan solat.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago