Sidang Media Konsert Ana for Gaza dan Ramadhan Bersama Rabbani 2011

Berlangsung di Hotel Singgahsana jam 3 ptg semalam (20 Julai 2011), adalah Majlis Sidang Media Konsert Ana for Gaza dan Ramadhan Bersama Rabbani. Majlis ini juga disebut sebagai sidang media “4 dalam 1” kerana ia bertujuan untuk merasmikan Konsert Ana for Gaza dan Pelancaran Tabung gaza, melancarkan Produk Terbaru Ana Edar Sdn Bhd, melancarkan Ramadhan & Kesejagatan Iftar Hotel Singgahsana dan upacara Menandatangani Memorandum Persetujuan antara Hotel Singgahsana dan Kumpulan Rabbani.

Antara yang hadir dalam sidang media ini adalah En. Luqman Othman, Pengarah Urusan Ana Edar Sdn Bhd; Tuan Haji Rohizan Zainal, Pengurus Besar Hotel Singgahsana PJ; Pn. Nik Aziah, Timb. Pengarah Galeri ilmu, Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin, Pengerusi Haluan Palestin; Ust Sohibul Fadhil dan wakil-wakil dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nasyeed.com dan IKIM fm.

Penganjur utama Konsert Ana for Gaza iaitu Rabbani Productions Sdn Bhd dan Ana Edar Sdn Bhd berkata, konsert in bertujuan untuk mengutip dana sumbangan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza. Konsert ini akan menampilkan barisan kumpulan nasyid terkemuka tanah air seperti Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Aisyah, Dato’ Ustazah Norbahyah Mahmud, dan Datuk Dr. Ibrahim Ghafar.

Konsert Ana for Gaza akan diadakan pada 30 Julai 2011 di Stadium Terbuka Kajang. Bayaran masuk adalah percuma.  Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk Karnival Ana for Gaza yang akan berlangsung sepanjang 29 hingga 31 Julai 2011 di tapak stadium tersebut.

Penonton yang bakal hadir akan dipersembahkan dengan nyanyian, sketsa, pendeklamasian sajak dan puisi, serta penceritaan pengalaman dan perasaan sukarelawan misi bantuan keamanan ke Gaza yang diserang rejim Zionis baru-baru ini. tabung-tabung untuk mengutip dana akan diedarkan semasa persembahan sedang diadakan.

Mengenai Ramadhan bersama Rabbani pula, pihak Hotel Singgahsana Petaling Jaya berbesar hati mengadakan promosi  berbuka puasa (iftar) dengan tema “Ramadhan dan Kesejagatan Iftar di Singgahsana”. Sambil berbuka, pengunjung akan didendangkan dengan irama nasyid “live” oleh Rabbani dan juga beberapa kumpulan nasyid terkemuka tanah air.

Selari dengan temanya iaitu “kesejagatan” atau “universal”, pihak hotel akan menghidangkan  200 jenis hidangan istiemewa dari pelbagai negara iaitu Moroco, Pakistan, Rusia, Cina, Jepun, Palestin, Itali dan tak lupa juga pelbagai hidangan istimewa tempatan. Selain itu juga, pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Sebanyak 10 cabutan bertuah akan dibuat setiap hari sepanjang Ramadhan.

Rabbani mempersembahkan lagu Intifadha’

Pelancaran Tabung Gaza

Pelancaran produk terbaru Ana Edar Sdn Bhd, susu kambing Power Goat.

Rabbani menandatangani memorandum persetujuan bersama Hotel Singgahsana Petaling Jaya

Azida Annur

Azida Annur, wartawan Munsyeed{Dot}Com versi bahasa inggeris. Beliau kini sudah bekerja dan dalam kesibukkan bekerja itu, beliau masih lagi mampu mencuri ruang dan masa untuk sama-sama aktif dalam Munsyeed{Dot}Com. Mempunyai kemahiran berbahasa inggeris yang baik menjadikan beliau orang terpenting dalam menghidupkan Munsyeed{Dot}Com versi bahasa inggeris.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago