Single Terbaru Fitri Haris, Rabithah Angkat Isu Kesihatan Mental

Selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah tidak mahu menuggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu menampilkan gandingan hebat bersama juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Fitri Haris.

Tidak seperti karya-karya mereka terdahulu yang banyak mengutarakan isu remaja, Dalil Cinta ciptaan Akmal Mustafa dan penulis lirik muda, Hasif Sazali kali ini memilih isu kesihatan mental yang kian membelenggu masyarakat dunia hari ini.

Menurut Dr. Fitri Haris, Malaysia memperlihatkan trend peningkatan masalah kesihatan mental yang agak membimbangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lebih membimbangkan lagi apabila isu tersebut masih dianggap tabu oleh sebilangan masyarakat di Malaysia.

“Sejak krisis pandemik covid-19 melanda negara, kita boleh lihat semakin ramai golongan belia dan remaja menzahirkan gejala-gejala permasalahan ini di media sosial tanpa mereka sedari.

“Amat menyedihkan bila respon yang mereka terima daripada masyarakat boleh dikatakan amat negatif dan langsung tidak membantu.

“Keadaan ini mendorong saya dan juga Rabithah mengangkat isu ini sebagai tema dalam Dalil Cinta dengan harapan lirik yang kami nyanyikan ini mampu memberikan sedikit sinar harapan buat mereka untuk memulakan tahun baharu 2021.

Tambah bekas anggota UNIC ini lagi, pengalaman beliau menghadapi jatuh bangun dalam industri menjadikan Dalil Cinta suatu karya yang amat dekat di hati.

Mengulas mengenai keputusan pada malam Anugerah Nasyid Malaysia baru-baru ini, wakil kumpulan Rabithah ketika ditemui ternyata berpuas hati dengan kemenangan Inteam dalam kategori Artis Nasyid Pilihan.

“Berjaya ada dalam top 3 pun sudah cukup membanggakan buat kami lebih-lebih lagi bila dapat tahu jarak undian antara kami dan kumpulan Inteam tidak terlalu jauh.

“Pada kami, ini sendiri satu petunjuk bahawa golongan artis nasyid muda dan baharu yang ada dalam industri nasyid mampu untuk berdiri bersama dengan artis-artis nasyid hebat seperti mereka.

Untuk rekod, ini merupakan kolaborasi kedua di antara Rabithah dan juga Fitri Haris selepas kerjasama pertama mereka menerusi lagu ‘Hatiku’ (Ice Cream versi dakwah) nyanyian asal Blackpink dan Selena Gomez berjaya menggemparkan dunia hiburan. Malah gandingan mereka juga telah mendapat liputan pelbagai media tempatan dan antarabangsa sehingga ke hari ini.

Dalil Cinta terbitan Tarbiah Sentap Records sedia diperdengarkan bermula pada 1 Januari 2021 di platform digital termasuk di saluran YouTube rasmi Tarbiah Sentap Official.

Manakala filem pendek ‘PRESENT’ yang merupakan adaptasi daripada Dalil Cinta kini sedia ditonton di laman YouTube Tarbiah Sentap Official.

SHORT FILM PRESENT – https://youtu.be/Z8h0z_xNoLY

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart

Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three…

2 weeks ago

“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”

Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak…

2 weeks ago

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024…

2 weeks ago

Wah! Menariknya Rancangan TV AlHijrah Sempena Syawal Tahun Ini.

Aidilfitri diraikan di TV AlHijrah dengan tema Syawal Menyebar Keinsanan. 13 seleksi rancangan istimewa akan…

3 weeks ago

Durioo+ Lancar Lagu Raya Berjudul Beraya Seronoknya!

Tidak lama lagi, suasana penuh keceriaan menyambut Hari Raya akan kembali menyinari Malaysia, dan tahun…

3 weeks ago

Anak Bulan Tidak Kelihatan, Arab Saudi Umum Sambut 1 Syawal 1445H Pada Rabu 10 April 2024

Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024. Pengumuman…

3 weeks ago