Connect with us

Berita

Hotel Singgahsana Ditutup – Kenangan Buat Rabbani dan Penasyid

Diterbitkan

pada

Spekulasi tentang kesuraman Hotel Singgahsana, Petaling Jaya (HSPJ) mula bertiup kencang sejak setahun dua yang lalu, apabila kumpulan Rabbani mengumumkan bahawa mereka tidak lagi membuat persembahan pada bulan Ramadhan yang lalu. Malah, ada khabar angin membawa beberapa cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, termasuk khabar angin yang menyatakan pengurusan baru hotel tersebut tidak menyambung khidmat Rabbani tahun ini.

Maka pada 31 Disember yang lalu, Hotel secara rasminya ditutup kerana tanah tapak hotel tersebut akan dibangunkan untuk jangka masa panjang. Sekaligus, menamatkan terus zaman kegemilangannya dimana menjadi tempat no 1 buat para penasyid setiap kali tibanya Ramadhan.

Antara yang paling terkesan tatkala hotel tersebut ditutup ialah Rabbani. Dengan nada sedih, wakil kumpulan Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ubaidillah memberitahu banyak kenangan yang sukar mereka lupakan sepanjang 21 tahun bekerjasama dengan HSPJ.

“Secara jujur, kami juga sangat terasa kehilangan seperti mana rakan-rakan yg bertugas hingga saat akhir hotel Singgahsana ditutup kerana banyak kenangan sepanjang kami bergelanggang disana sejak 1991 hinggalah terakhir 2012”

Ustaz Asri Ubai

Ustaz Asri Ubai

Jelas Ustaz Asri Ubai lagi, walaupun pada tahun 2013 mereka tidak lagi menghiburkan penonton sepanjang Ramadhan, namun keakraban mereka bersama kakitangan HSPJ masih utuh apabila mereka masih kerap berhubung diantara satu sama lain.

“Terlalu banyak kenangan pahit manis  sepanjang lebih 20 tahun bersama hotel ini, namun saya sendiri menyedari bahawa dari situlah juga bermulanya tradisi, iaitu apabila tiba Ramadhan, nasyid menjadi penyeri majlis berbuka puasa. hotel Singgahsana hinggalah selepas itu menjadi ikutan banyak hotel dan tempat lain. Trend ini bermula di Hotel Singgahsana ini.

Menurut beliau dengan penuh nada pengharapan, beliau berharap agar tradisi ini dapat diteruskan di tempat lain. Tambahnya lagi, beliau amat berharap para penasyid lain dapat memanfaatkan peluang sekiranya diberi amanah untuk menghiburkan majlis-majlis berbuka puasa.

“Kami juga mendoakan teman-teman yg bertugas hingga saat akhir disana akan mendapat tempat tugas baru yang lebih baik demi menyambung rezeki keluarga mereka”

Faizal Hijjaz

Faizal Hijjaz

Sementara itu, anggota kumpulan Hijjaz, Mohd Faizal Osman berkata, banyak kenangan manis yang dilalui sepanjang membuat persembahan disana bersama Hijjaz ketika diundang mengisi slot yang dikosongkan ketika hari persembahan Rabbani direhatkan. Malah, beliau bersama anggota Hijjaz yang lain terlibat dalam banyak persembahan bersama Nadamurni pada awal kerjasama kumpulan lagenda tersebut bersama HSPJ.

Malahan beliau menceritakan kenangan pada era kegemilangan NadaMurni, Rithaudeen (Rabbani) dan beberapa anggota yang lain pernah menerima hadiah pakej penginapan di sini sempena hari perkahwinan kami yang ditaja HSPJ.

“Kemudian dua tahun lepas, saya dan isteri menikmati makan malam sempena ulang tahun perkahwinan kami. Tak sangka pula, mereka masih ingat dan sudi menaja makan malam kami” Katanya tersenyum.

Dalam perkembangan berkaitan, kami menghubungi bekas ‘orang kuat’ Hotel Singgahsana, Encik Mazlan Omar. Beliau menceritakan bahawa sebelum ini, hotel tersebut dikenali sebagai Hotel NPC, dan tujuan asal hotel ini diadakan bertujuan untuk para pelajar Institute Pengurusan Perhotelan membuat praktikal.

Encik Mazlan Omar

Encik Mazlan Omar

“Sejarah penglibatan Rabbani atau dahulunya dikenali sebagai Nadamurni bermula pada 1991 Ustaz Sohibul, Ustaz Hamid dan Ustaz Dinie berjumpa dgn kami untuk membuat persembahan dalam hari tertentu di bulan Ramadhan. Masa itu, mereka tak dikenakan bayaran, Cuma makanan berbuka puasa sahaja yang disediakan.”

Kata Mazlan lagi, bermula 1992, Nadamurni dipanggil sekali lagi untuk membuat persembahan, tetapi kali ini dengan bayaran dan ianya berterusan sehingga tahun 1996 apabila Nadamurni dibubarkan. Dan apabila rakan-rakan Nadamurni menubuhkan Rabbani, tanpa berfikir panjang mereka terus menawarkan kontrak baru….. dan ia bersambung, meleret selama 21 tahun, berakhir pada 2012. Pengisiannya turut ditambah dengan Solat Terawih dan Tazkirah.

“Pada tahun 1997, KUB Berhad telah mengambil alih Hotel NPC dan dijenamakan semula sebagai Hotel Singgahsana. Yang menariknya, hotel ini adalah diantara hotel ‘patuh syariah’ dimana kami tidak menghidangkan arak dan karaoke. Selaras dengan imej ‘kebudayaan Islam’ yang dibawa Rabbani dan ia banyak membantu kedua belah pihak dari aspek penjenamaan” Jelas Mazlan secara panjang lebar.

Tiada istilah ‘makan sorang’ buat Rabbani sepanjang mereka menguasai Hotel Singgahsana sepanjang Ramadhan setiap tahun. Buktinya menurut Mazlan, Rabbani sentiasa memberi ruang kepada penasyid yang lain untuk berkongsi pentas, bersama mereka menghiburkan tetamu sepanjang Ramadhan. Raihan, Hijjaz, Saujana, Inteam semuanya turut berkongsi slot mengikut giliran apabila Rabbani direhatkan

“Sebab tu la orang ingat Hotel Singgahsana ini Rabbani yang punya!” Katanya menutup perbualan kami lewat petang ini.

– Munsyeed Dot Com

 

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart

Diterbitkan

pada

I'm Not Ready To Let You Go - Zain Bhikha.

Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.

Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.

“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.

I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.

Other Releases

“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.

“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.

“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.

All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.

Continue Reading

Berita

“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”

Diterbitkan

pada

Yang Mulia - Daqmie x Mestica. Sumber: Daqmie

Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.

Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.

Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.

Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.

“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.

Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.

Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.

Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.

Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.

Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.

Sumber: Daqmie

Continue Reading

Berita

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Diterbitkan

pada

Masjid Putra, Putrajaya. Sumber: Tourism Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.

Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

Continue Reading

Trending