Categories: BeritaTempatan

Taleeb Mizad Artis Baru Hijjaz Records?

Faizal Hijjaz bersama peserta ujibakat Pencarian Artis HRSB

Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012 bagi kategori Nova Media Baru, Taleeb Mizad telah hadir ke Studio Hijjaz di Kota Damansara untuk ujibakat Pencarian Artis Baru Hijjaz Records. Taleeb Mizad atau nama sebenar beliau Abdul Muttaleeb merupakan graduan UTM Skudai dalam bidang Seni Bina.

Mempunyai peminat yang ramai di Youtube, bintang Taleeb Mizad semakin bersinar sejak memenangi anugerah di APM 2012. Beliau mencipta nama dengan menyanyikan semula lagu-lagu popular dan memuatnaik di laman Youtube melalui saluran Taleeb Mizad.

Beberapa buah lagu telah dinyanyikan Taleeb sepanjang ujibakat Pencarian Artis Baru HRSB di Studio Hijjaz. Antaranya Muara Hati yang dipopularkan oleh Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza. Jom layan video ujibakat Taleeb yang dimuatnaik oleh Faizal Hijjaz.

Umum mengetahui kekuatan Hijjaz dalam melahirkan bintang-bintang baru di persada seni muzik Malaysia. Sentuhan emas mereka telah melonjakkan ramai artis berjaya seperti Inteam, UNIC, Mestica dan tidak dilupakan Hafiz Hamidun.

Adakah Taleeb bakal menjadi bintang yang digilap Hijjaz? Nantikan pengumuman rasmi dari Hijjaz Records!

[carousel arrows=”display” buttons=”display” caption=”display”]
[panel title=”Taleeb Mizad di Studio Hijjaz” description=”Taleeb Mizad sedang uji bakat di Studio Hijjaz”]

[/panel]
[panel title=”Taleeb Mizad”]

[/panel]
[/carousel]
– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago