Categories: BeritaTempatan

Tazkirah Muzikal Ustaz Kazim

 

Nama Ustaz Kazim Elias bukan lagi asing dalam dunia dakwah di Malaysia. Seleksi ceramah beliau yang banyak didapati di laman web Youtube berjaya melonjakkan namanya daripada seorang penceramah dan pendakwah bebas kepada seorang yang sangat disegani. Malah, beliau seringkali dijemput untuk menyampaikan ceramah di program-program TV dan juga radio

Baru – baru ini, UNICDOTMY Pro Sdn. Bhd telah memperkenalkan kandungan islamik dalam telefon hasil kerjasama dengan Ustaz Kazim sendiri bagi menghasilkan nada dering pemanggil (caller ringtone) berbentuk tazkirah muzikal yang terbaru.

Tazkirah muzikal ini bakal menampilkan Ustaz Kazim sebagai vokal solo dalam penyampaian tazkirah – tazkirah muzikal seperti Aduhai Kekanda, Pasangan Bahagia, Kalau Hati Sudah Suka dan banyak lagi.

Antara kelainan tazkirah muzikal ini ialah Ustaz Kazim bakal menyampaikan tazkirah dalam bentuk melodi dan bersahaja. Menurut pegawai PRO UNICDOTMY lagi, kemunculan produk terbaru UNICDOTMY Pro Sdn. Bhd bersama penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias ini di pasaran nanti.

Sebarang pertanyaan mengenai nada dering pemanggil (caller ringtone) tazkirah muzikal ini, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY Pro Sdn Bhd di talian +603-6186 4300 / +603-6177 4225 atau lawati laman sesawang kami di www.unic.my.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago