Kumpulan nasyid popular, Rabbani dan Saujana bakal memeriahkan Konsert Suara Kita 2012 sempena Sambutan Hari Belia negara di Putrajaya. Kedua-dua kumpulan yang meraikan ulangtahun ke-15 pembabitan dalam industri muzik pada tahun ini bakal bersama dengan artis lain seperti Farah Ashikin, Hazama, dan Ana Rafali bagi menjayakan konsert ini. Konsert ini akan diacarakan oleh Man Raja Lawak.
Berikut adalah butiran mengenai Konsert Suara Kita 2012.
Tarikh : 25 Mei 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pentas Utama SMI, Putrajaya
Untuk maklumat lanjur, sila ke laman web www.hbn.gov.my
Penyanyi yang popular dengan lagu Thank You Allah dan For The Rest of My Life ini akan kembali ke Singapura Mac ini untuk menjayakan konsert Maher Zain Live in Singapore.
Konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 2 Mac 2024, jam 8.00 malam di Singapore Hall Expo.
Istimewanya, konsert Maher Zain Live in Singapore ini turut menampilkan penyanyi Harris J sebagai penyanyi jemputan.
Berdasarkan semakan kami di laman sesawang Offshore Entertainment, selaku penganjur konsert ini bersama Echo+Pulse, tiket-tiket sudah mula dijual bermula 10 Januari 2024.
Tiket-tiket yang dijual berharga S$68, S$88, S$138 dan S$188. Manakala tiket eksklusif beserta sesi ‘Meet and Greet’ dijual pada harga S$238.
Tiket boleh dibeli secara atas talian di laman sesawang SISTIC di www.sistic.com.sg
Tinjauan kami di laman sesawang SISTIC mendapati penjualan tiket masih dibuka. Akan tetapi, tempat amatlah terhad. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket ini sebelum kehabisan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengadakan persembahan khas bertajuk Hubbu Rasul pada 24 November 2018 (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut bermula jam 8.30 malam. Hubbu Rasul ini adalah merupakan program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.
Program ini adalah merupakan gabungan persembahan artis-artis tanahair yang akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian dan lagu-lagu yang mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi serta memuji Allah. Bersesuaian dengan temanya iaitu Hubbu Rasul, dua (2) kumpulan nasyid yang popular sekitar tahun 90an, dua (2) orang artis lelaki solo dan artis duo akan mengadakan persembahan pada malam tersebut.
Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf, serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dengan menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling, & percussion dan juga persembahan artis budaya DBKL.
Penganjuran persembahan ini antara lain bertujuan untuk memberi hiburan santai secara percuma kepada wargakota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan. Persembahan ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan tempat adalah terhad kepada 600 orang sahaja bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.
Persembahan khas ini adalah PERCUMA di bawah program `KL Rhythm Nitez’ anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman media sosial Instagram klcatsevents dan berhubung dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di talian 03-41055442 atau melalui email [email protected]
Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) Musim Ke-2, Fitri Haris bakal bergandingan dengan Ustaz Hasnul Jamal (Diwani) dan Da’i Amirul pada satu pentas sempena Konsert Amal dan Makan Malam Gema Zikir Munajat 2018.
Konsert amal dan makan malam ini bakal diadakan pada 17 November 2018 ini bermula jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam bertempat di Dewan Dato’ Maharajalela, IKBN Seri Iskandar, Perak.
Gema Zikir Munajat 2018
Bertemakan Law Kana Bainana, Konsert Gema Zikir Munajat ini bakal menyajikan persembahan yang menarik yang penuh penghayatan sempena Maulidur Rasul yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Konsert amal dan makan malam ini merupakan anjuran bersama SRITI At-Ta’alim, Seri Iskandar dan PASTI Kawasan Parit. Manakala Darul Mubarak Sdn Bhd sebagai Penaja Platinum bagi konsert amal ini.
Tiket-tiket berharga RM50 dan RM100 telah mula dijual dan boleh dibeli melalui Ustaz Farid di 013 672 7827, Ustaz Asyran di talian 019 523 7815 atau Ustazah Iylia di talian 013 734 9788.