Categories: BeritaTempatan

Terima Kasih Semua – Inteam

Anugerah Album Nasyid Terbaik Pilihan Pembaca Munsyeed.Com telah sampai ke kemuncaknya. Pada anugerah edisi ketiga pada tahun 2013 ini, album Iman & Aman daripada Inteam telah dinobatkan sebagai album terbaik, hasil undian pembaca Munsyeed.Com.

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah atas kemenangan ini. Terima kasih yg tak terhingga kepada semua penyokong perjuangan Inteam yang mengundi album ini sebagai album Nasyid terbaik. Terima kasih dan tahniah juga kepada Munsyeed Corner yg menganjurkan Anugerah Album Nasyid terbaik ini.” Ujar Muhammad Hazamin Harun yang mewakili kumpulan Inteam ketika ditemuramah sebentar tadi.

Menurut beliau yang lebih mesra disapa dengan panggilan Amin Inteam, kemenangan ini juga menjadi penguat semangat bagi mereka untuk terus berkarya dan mempertingkatkan lagi kualiti karya dari segi fizikal dan rohani.

“Sebenarnya kami berharap agar di tahun akan datang dapat diteruskan lagi dengan ditambah lebih banyak kategori khususnya dari segi teknikal dan kualiti album” tambah beliau, tersenyum.

Hazamin Inteam

 

PERKEMBANGAN BARU

Dalam pada itu, kami sempat bertanya akan perkembangan terbaru mereka yang aktif dalam penerbitan album-album nasyid, zikir, qasidah dan seumpamanya. Terbaru ujarnya, Inteam sedang merakam album kerjasama bersama Al-Mawlid iaitu Album Mawlid Ad Dhiya’ul Lami’ dengan penampilan istimewa Al-Habib Ali Zaenal Abidin.

“Insyaallah, album ini akan dilancarkan bersempena kempen Malaysia Berselawat 2014 akan datang. Harapan saya, tahun 2014 akan menjadi tahun gilang gemilang bagi Industri nasyid ditambah pula dengan kemeriahan penerimaan masyarakat umum terhadap qasidah dan selawat yg merupakan akar tunjang bagi nasyid itu sendiri.” Jelas Hazamin, penuh harapan

Selain itu, Inteam Records sendiri bakal menerbitkan dan mengedarkan album-album baru artis nasyid otai dan yang baru antaranya Nowseeheart, Lah Ahmad, Farid Sanullah, Anak Warisan Kasih, dan banyak album-album berunsurkan selawat dan qasidah. Antara yg menarik ialah Kompilasi terbaik Habib Syech dan album terbaru Habib Syech berjudul Kisah Rasul.

Selain itu Qasidah kanak-kanak juga akan diterbitkan, juga album Qasidah popular dalam bahasa Melayu di sampaikan oleh Anak Warisan Kasih. Yang pastinya ujar beliau, tahun 2014 bakal menyaksikan munsyid-munsyid Malaysia menghasilkan album-album atau single-single terbaru mereka dengan menekankan kualiti rakaman, vokal, produksi dan seumpamanya.

“Ini telah dibincangkan juga dalam usrah penutup 2013 Munsyid Malaysia yang turut membincangkan kriteria bagi menyertai dan memenangi Anugerah Industri Muzik. Saya berharap munsyid baru dan lama, akan terus berkarya dan berdakwah walau apa pun cabaran yg melanda serta mempertingkatkan kualiti produksi masing-masing.”Kata beliau dengan nada penuh yakin

TAKZIAH BUAT ADEN

Menutup temuramah, Hazamin sempat mewakili pihak Inteam mengucapkan takziah buat vokalis Edcoustic, Aden yang telah kembali ke Rahmatullah awak pagi tadi. Jelas Hazamin, peluang bekerja dengan beliau dalam penghasilan lagu Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku untuk abum Iman dan Aman ini banyak mendedahkan mereka dengan penjagaan kualiti khususnya kawalan vokal dan

“Beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri, lemah lembut dan peramah walau kelihatannya pendiam. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama para soliheen.” Ujar Hazamin dengan nada sayu menutup perbualan kami.

 

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago