Categories: BeritaTempatanTerkini

Terpaling Sahur – Major 9 dan Ain Zulaikha Ajak Pendengar Untuk Bangun Sahur

Sempena bulan Ramadan ini, bakat baharu; Ain Zulaikha akan berkolaborasi bersama Major 9 menerusi lagu Terpaling Sahur.

Lagu yang diterbitkan dibawah label Neowise Studio ini merupakan lagu pertama yang memperkenalkan Ain Zulaikha dalam industri muzik tanahair.

Berkonsepkan pop, lagu Terpaling Sahur ini merupakan ciptaan penuh Fikri Aziz, gubahan muzik oleh Awwabin dan Amir Mansor.

Terpaling Sahur merupakan sebuah lagu yang dicipta untuk mengajak para pendengar mengutamakan ibadah sahur.

Sejajar dengan saranan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.

Dengan mengajak pendengar untuk bangun sahur, sedikit sebanyak ia merupakan satu seruan untuk pendengar mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Tambahan pula, amalan bersahur yang merupakan juadah pertama untuk seseorang memulakan puasa mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan. Menurut Dr. Mark Pereira dan beberapa orang penyelidik dari Pusat Perubatan Harvard, sarapan merupakan juadah paling utama dalam seharian. Dengan bersarapan, seseorang itu dapat mengurangkan risiko mengidap penyakit jantung dan kencing manis.

Video muzik Terpaling Sahur telah disiarkan di saluran YouTube rasmi “Neowise Studio” dan telah mula berada di semua platform penstriman muzik digital seperti Apple Music, Youtube Music, iTunes, Spotify, Joox dan Deezer.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago