Categories: Terkini

Thank You Allah Platinum Edition Hadiah Buat Peminat

Pengaruh Maher Zain tampak masih belum surut lagi, terutama di Malaysia. Figura hebat nasyid dari Sweden ini terus menerus mendapat tempat di hati para peminat tanah air diatas lagu-lagu dakwah yang didendangkannya.

Atas kejayaan jualan albumnya yang Berjaya meraih anugerah multi platinum di Malaysia, pihak Inteam Records mengambil inisiatif menghargai para peminatnya dengan mengeluarkan dua buah rilisan istimewa buat para peminat Maher Zain.

Album Thank You Allah Platinum Edition merupakan keluaran istimewa dimana album ini merupakan album keluaran khas bersempena anugerah multi platinum yang diraih penyanyi itu di Malaysia. Menariknya, album tersebut mengandungi tiga buah versi lagu InsyaAllah, termasuk sebuah versi lagu tersebut yang dinyanyikan nsendiri Maher Zain dalam  Bahasa Melayu. Album teesebut boleh didapati dengan harga RM29.90.

Dalam pada itu, bagi yang mahu menyanyikan sendiri lagu Maher Zain, Inteam Records turut mengeluarkan sebuah VCD Karaoke yang memuatkan lagu-lagu Maher Zain. VCD tersebut boleh didapati dengan harga RM23.90. MUNSYEED.COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago