Connect with us

Eksklusif

The M Files: Bakat bersinar sejak zaman IPT

Diterbitkan

pada

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=criZSTWyOvo” autohide=”1″ controls=”0″ disablekb=”1″ hd=”1″ rel=”0″ showsearch=”0″ showinfo=”0″]

 

Umum pasti sudah mengenali siapakah Hafiz Hamidun, Adi Akmal dan Aizat Ja’afar yang kini bergelar artis dan selebriti muslim tanahair. Setiap persembahan dan konsert mereka pasti ditemani oleh para ‘kipas susah mati’ yang setia. Namun disebalik kejayaan mereka hari ini, pasti ada persembahan-persembahan lalu yang membuatkan kita (dan juga mereka) tersenyum apabila ia dipertontonkan semula.

Video kali ini datangnya dari teman artis yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Husaini UIAPJ, Aizat Ja’afar dari kumpulan Hufaz. Menurut Aizat, kumpulan ini dianggotai oleh Adi Akmal, Ariff, Izwan, Aizat, Azmal Zakwan dan Hafiz Hamidun ketika masing-masing masih di UIAPJ. Persembahan mereka turut diringi kumpulan percussionist yang diberi nama Sawda yang diketuai oleh Aswad.

Tidak dapat disangkal lagi, persembahan mereka selama 12 minit sangat menghiburkan. Para penonton di dalam video di atas juga bersetuju dengan kami. Masakan tidak terhibur bila ianya diselang-seli dengan drama dan eksperimentasi gaya yang mengujakan.

tuhumbnail yt

Sedutan video. Gaya gerakan robot ditampilkan di dalam persembahan Husaini

Jika ingin melihat video penuh bagi setiap persembahan di atas (raw footage) maklumkan kepada kami di ruangan komen di bawah artikel ini.

[alert variation=”alert-info”]RALAT – Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Hafiz Hamidun, nama sebenar kumpulan ini ialah Matric Idol.[/alert]

[signoff icon=”icon-username”]Jika anda memiliki sebarang video yang ingin dikongsikan bersama kami, hantarkan video tersebut ke email mtv@localhost. Setiap video yang terpilih akan kami hubungi pengirimnya untuk maklumat lanjut.[/signoff]

Iklan
4 Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Eksklusif

“Saya tidak malu menjadi orang Islam” – Opick

Diterbitkan

pada

Kebelakangan ini isu fesyen dan penampilan sering menjadi bualan ramai pihak di media sosial. Bermula dengan gaya penampilan selebriti hijrah di karpet merah ABPBH hingga ke fesyen baju melayu hipster, ternyata rakyat Malaysia memiliki pandangan dan blok pemikiran yang pelbagai.

Munsyid di Malaysia juga turut terkena tempiasnya apabila ada pihak yang mula mempertikaikan imej penampilan yang sewajarnya ditampilkan samada di kaca tv atau di khalayak ramai.

Bagi maestro muzik religi ternama Indonesia, Opick melihat pilihan fesyen dan imej beliau sebagai perisai untuk dirinya. Dalam satu majlis sidang media baru-baru ini bersempena pelancaran album The Best of Opick Live Acoustic dan konsert di Malaysia, pemilik nama Aunur Rofiq Lil Firdaus ini turut menjelaskan pendirian beliau tentang fesyen munsyid masakini dalam mendekati golongan pemuda serta menjawab tanggapan segelintir peminat yang melihat imej trendy selebriti sebagai tidak islamik.

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=U6EBHRysqp8″]

– Munsyeed

Continue Reading

Berita

“Doakan Saya Dan Rabbani” – Azadan

Diterbitkan

pada

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba terpampang di sebuah akhbar tempatan melaporkan berita seorang ahli kumpulan nasyid tersohor tanahair ingin mengundur diri. Anggota kumpulan nasyid yang mula bertapak sejak tahun 1997 itu dilapor sedang mempertimbangkan keputusannya untuk keluar daripada kumpulan nasyid tersebut.

Beliau yang dimaksudkan adalah Azadan Abdul Aziz, anggota kumpulan nasyid Rabbani. Memetik laporan akhbar tersebut, Azadan dikatakan sedang mempertimbangkan keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan nasyid Rabbani yang merupakan kumpulan nasyid paling berpengaruh itu.

Berita ini sememangnya mengejutkan ramai pihak khususnya para peminat nasyid yang mula mengikuti perkembangan Rabbani sejak awal penubuhannya lagi. Bagi pihak Munsyeed, perkara ini sememangnya menjadi tanda tanya dan perbincangan hangat dikalangan staff lantaran pada pandangan kasar, Rabbani dilihat sebagai kumpulan yang tidak bermasalah dan aktif memenuhi undangan persembahan di serata Malaysia.

Sukar Meninggalkan Rabbani

Mengelak daripada terus berteka-teki, wakil Munsyeed segera mendapatkan respon daripada tuan punya badan bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat yang sebenar. Pihak Munsyeed telah menghubungi Azadan dan mendapatkan penjelasan yang sewajarnya rentetan daripada berita yang telah dilaporkan tersebut.

Jelas Azadan, berita tersebut sememangnya dilaporkan setelah beliau diwawancara sendiri oleh wartawan akhbar berkenaan. Beliau sendiri terkejut diajukan soalan sedemikian sedangkan majlis yang berlansung pada waktu itu tidak pula diutamakan tetapi soalan seperti ini pula yang diberi perhatian.

“Memang benar, apa yang akhbar berkenaan tulis, adalah berdasarkan daripada kenyataan saya”, jelas Azadan.

“Sememangnya hasrat untuk meninggalkan Rabbani telah saya fikirkan sejak lama dahulu. Sejak Allahyarham Asri (bekas penyanyi utama Rabbani) masih ada pun saya ada luahkan hasrat ini, tetapi dihalang oleh beliau”, tambah Azadan lagi.

“Cukup sukar untuk saya meninggalkan Rabbani”, luah Azadan kepada wakil Munsyeed bagi menyatakan Rabbani sememangnya memberi kesan yang mendalam dalam kehidupannya.

Rindukan Allahyarham Ustaz Asri

Berita seperti ini pastinya menimbulkan tanda tanya segenap pihak. Sekian lama Azadan berjuang bersama Rabbani, secara tiba-tiba Azadan memikirkan keputusan seperti ini. Pastinya ada sesuatu perkara yang bersarang di hati penasyid berkenaan hingga memikirkan keputusan yang begitu drastik.

Pihak Munsyeed seterusnya bertanyakan kepada Azadan apakah punca yang menyebabkan beliau menyatakan hasrat untuk meninggalkan Rabbani. Antara lain, beliau menyatakan bahawa dirinya semakin sibuk dengan urusan seharian, hinggakan kadangkala tidak dapat memberikan tumpuan dan masa kepada Rabbani. Beliau berasa bersalah jika disebabkannya, teman-teman Rabbani yang lain akan menjadi sukar untuk melaksanakan kerja.

Pihak Munsyeed merasakan alasan seperti itu agak tidak terlalu kuat bagi mewajarkan hasrat untuk seseorang menarik diri daripada kumpulan yang telah dianggotai sejak bertahun lamanya. Pastinya ada alasan yang lebih kuat hingga menyebabkan beliau membuat keputusan yang sangat besar dalam hidupnya. Akhirnya Azadan memberitahu punca utama yang menyebabkan beliau berfikir untuk meninggalkan Rabbani.

“Saya sebenarnya sangat rindukan Allahyarham”, satu ayat yang mungkin ringkas tetapi memberi maksud yang sangat mendalam.

“Sampai ke hari ini, saya masih tidak dapat melupakan Allahyarham. Bagi saya, Allahyarham memang tidak ada pengganti. Saya antara yang paling rapat dengannya. Sejak zaman sebelum Rabbani lagi kami sudah bersama. Kehilangan Allahyarham sangat memberi kesan kepada saya. Walaupun telah lama Allahyarham meninggalkan kita, tetapi bagi saya Allahyarham sangat dekat setiap masa”, tambah Azadan yang pastinya menggamit memori dan emosi yang tersendiri.

“Mungkin apabila saya tidak bersama dengan Rabbani, perasaan itu dapat dijauhkan”, cetus Azadan lagi.

Azadan Tinggalkan Rabbani

Doakan Saya Terus Bersama Rabbani

Pastinya situasi ini memberi tanggapan berbeza bagi setiap pihak. Bagi pihak Azadan, beliau juga mengakui sangat sayangkan Rabbani kerana di kalangan mereka sudah seperti adik beradik. Jatuh bangun Rabbani telah mereka harungi bersama-sama dan pastinya hasrat menarik diri ini adalah satu keputusan yang diluar jangkaan.

“Saya masih lagi ahli Rabbani. Saya berusaha untuk terus kekal bersama Rabbani. Doakan saya”, ungkap Azadan mengakhiri perbualan antara beliau dan juga pihak Munsyeed.

Kami di Munsyeed Dot Com mendoakan agar Azadan dapat menguatkan semangat dan terus kekal bersama dengan Rabbani. Harungi segala rintangan dan cabaran termasuklah ujian dalam diri sendiri itu dengan ketabahan dan kecekalan hati. Rabbani adalah warisan peninggalan daripada Allahyarham, Azadan harus terus menjaganya sepertimana Allahyarham menjaga Rabbani hingga nafas nyawanya yang terakhir.

Azadan, kami bersama anda untuk terus kekal bersama Rabbani!

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Berita

Fitri Muslimah Rilis Single Ketiga Berjudul Everything

Diterbitkan

pada

Pernah dengar lagu Muslimah? Jika pernah, tahukah anda yang lagu ini pernah dinyanyikan oleh dua orang artis berbeza untuk 2 versi berbeza. Kalau di Malaysia, lagu ini dinyanyikan oleh Nazrey Johani, bekas vokalis kumpulan Raihan. Di Indonesia pula, lagu ini telah awal dinyanyikan oleh seorang artis religi yang ayu, Fitri Widjayanti.

Lagu popular ini telah mengangkat karier seni Fitri sehinggakan beliau lebih dikenali sebagai Fitri Muslimah dikalangan peminat-peminat di Indonesia.

Selepas kejayaan lagu hits Muslimah, Fitri semakin giat berusaha keras bagi memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat setianya. Terbaru, beliau muncul dengan single ketiga yang diberi judul Everything, yang turut menampilkan Issy sebagai rapper jemputan.

Single Everything

“Lagu Everything diproduksi sebetulnya sudah sejak awal tahun 2012 akan tetapi baru saya rilis 8 Februari 2014 kemarin bekerja sama dengan MQFM Bdg. Tertunda karena saya menikah kemudian hamil dan melahirkan (anak).” ujar Fitri dalam satu sesi temubual bersama wartawan Munsyeed.

Menurut Fitri lagi, beliau bersyukur kerana ditemukan dengan komposer dan musician hebat yang banyak membantu dalam pembikinan single ketiga beliau ini.

“Komposer lagu ini adalah Yandi Bronsu. Beliau ini komposer beberapa musisi cukup dikenali di Indonesia. Beliau juga adalah salah seorang ahli band “brownsugar” beraliran pop RnB. Lirik pula ditulis oleh Issy.”

Idea Berduet Dengan Issy

Ketika ditanya bagaimana boleh timbul idea untuk berduet dengan Issy, Fitri memberitahu, “Saya bertemu dengan Issy akhir tahun 2011. Dia merupakan penggemar lagu muslimah. Dia melihat lagu muslimah melalui Youtube lalu Issy berusaha menemui saya dengan niat baik untuk menawarkan lagu yang diciptakannya yaitu ‘everything’ ini untuk saya nyanyikan.”

“Akhirnya kami bertemu dan berdiskusi tentang lagu ini. Setelah saya mendengar lagunya, saya fikir bagus sekali saya masukan unsur Rap dan Issy yang membawakannya karena Issy juga merupakan seorang Rapper. Alhamdulillah semua berjalan lancar sehingga sekarang.”

Dato’ Siti Nurhaliza Menyenangi Vokal Fitri

“Hmm,, jika Allah menghendaki, dalam hati punya keinginan berkolaborasi dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Alhamdulillah beliau sudah mendengar saya bernyanyi dalam satu kesempatan 1 tahun lalu, saat saya bernyanyi di launching (perasmian) butik Dian Pelangi Malaysia. Saya terharu pada ketika itu (apabila) Dato’ Siti mengatakan yang beliau menyenangi karakter suara Fitri. Semoga suatu hari nanti, kami dapat berduet bersama.” kata Fitri.

Ucapan Buat Peminat

“Harapan saya agar musik nasyid bisa lebih memasyarakat lagi, lebih diminati lagi oleh umat Islam khususnya atau bahkan semua orang pada umumnya. Pesan saya kepada seluruh peminat untuk terus mendukung para munsyeed juga karya-karyanya dengan mengajak teman juga keluarganya mendengarkan syair-syair indah Islam.” ucap Fitri sebelum mengakhiri temubual.

Tahniah diucapkan kepada Fitri diatas kemunculan single ketiga berjudul Everything. Semoga terus sukses!

[alert variation=”alert-info”]Ikuti perkembangan terkini Fitri Muslimah di Twitter & Instagram.[/alert]

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment