Categories: Terkini

Tindakan ABPBH Undang Reaksi Penasyid

Ura-ura kononnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBH) mahu menggugurkan kategori Artis Nasyid Popular mula mendapat reaksi negatif. Baik di kalangan penasyid mahupun peminat, masing-masing mengeluarkan reaksi yang bercampur-baur dalam isu tersebut

Dalam status Facebook yang dikeluarkan ABPBH2011 semalam, pihak mereka meminta pendapat para pembaca berkenaan tentang ketegori Penyanyi/Kumpulan Nasyid Popular digugurkan. Penyanyi nasyid disenaraikan dalam kategori Penyanyi Lelaki atau Penyanyi Wanita Popular, manakala kumpulan Nasyid pula dalam kategori Kumpulan/Artis Duo Popular.

Bagi Muhammad Hazamin Harun dari kumpulan Inteam, beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan kerana nasyid juga sebahagian dari industri hiburan dan selebriti tanahair dan tidak sepatutnya dipinggirkan.

“Nasyid juga masih sangat aktif sekiranya dilihat kepada aktiviti dan jemputan persembahan artis-artis nasyid utama seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Nasyid juga mempunyai kelompok peminat tersendiri yang sangat besar dan spesifik yang pastinya juga merupakan pembaca akhbar dan media penganjur.

Menurut pengasas radio NasyidFM, Mohd Firdaus Zamri pula, beliau turut tidak bersetuju dengan perkara tersebut  dan mengatakan bahawa ABP harus jelaskan dengan lebih lanjut lagi, alasan yg kukuh mengapa perlu dihapuskan kategori tersebut. Menurutnya lagi, dengan adanya kategori nasyid di ABP sekurang-kurangnyanya Nasyid di Malaysia tidak dilihat sepi dan lenyap.

“Lagipun sekarang ni kalau kita lihat ramai artis mainstream yang dah mula beralih arah kepada lagu-lagu nasyid dan ketuhanan, jadi mengapa perlu dihapuskan? Walaupun industri nasyid ini nampak kecil, tetapi tak bermaksud ia harus di ketepikan, kerana banyak sumbangannya terhadap industri hiburan tanah air dan juga negara kita.”

Sungguhpun begitu, penyanyi Hafiz Hamidun pula bernada sebaliknya. Menurut beliau, tiada apa yang perlu diambil kisah dalam isu ini. Bagi beliau, ada atau tiada kategori tersebut bukan satu masalah kerana bernasyid ini bukan mahu mengejar populariti. Malah beliau sendiri sudah dua tahun tidak dicalonkan sebagai artis nasyid, tetapi dicalonkan pada ketegori penyanyi.

“Tidak dinafikan bahawa Populariti penting untuk kerja dakwah. Tapi kita dakwah bukan untuk popular. Jadi, sebenarnya, mereka mahu menaikan penasyid ini sama kategori dengan penyanyi yang lain, sebab sebelum ini kategori nasyid dah diletakkan sebagai genre nasyid. Sedangkan penyanyi rock, rap dan hip-hop semuanya dalam kategori penyanyi, tiada genre yang khusus”

“Sebenarnya itu cabaran untuk penasyid, diterima baik dalam mainstream. Tidak mustahil sebenarnya. Kalau ada Maher Zain dari Malaysia, Mungkin Maher Zain juga boleh menang kategori tu. Pokoknya hal ini seharusnya tidak diperbesarkan.”Ujar Hafiz Hamidun

 

Bagi Ketua Pegawai Esksekutif Nasyeed.Com, Zuwairy Che Ramly pula menurut beliau, isu itu adalah hak mutlak penganjur anugerah tersebut. Beliau memberitahu bahawa Nasyeed.Com kini sedang berusaha untuk menganjurkan satu anugerah khas untuk nasyid itu sendiri.

 

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago