Categories: BeritaTempatan

Tokoh Qasidah, Habib Syech Kunjungi Malaysia

 

Budaya qasidah, selawat dan maulid semakin mendapat tempat dinegara ini. Tak dinafikan ia kini menjadi pilihan sebagai penyeri sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan, kelahiran dan kenduri kesyukuran. Fenomena yang baik ini sudah menjadi kegemaran para perindu Rasulullah SAW dan banyak juga majlis-majlis maulid yang diadakan disana-sini.

Atas semangat inilah, Inteam Records Sdn Bhd mengambil inisiatifnya dengan menganjurkan We Love Rasul Tour yang bakal menampilkan tokoh qasidah terulung masa kini, Habib Syech bin Abdul Qadir  Assegaf.

Habib Syech yang terkenal dengan alunan qasidah Ya Hanana itu bakal membuat kunjungannya ke Malaysia minggu ini. Beliau yang  berketurunan Assegaf dimana salasilahnya bernasab dengan Rasulullah SAW akan bersama dalam majlis Qasidah, Selawat dan Zikir di beberapa lokasi.

Antara yang bakal dikunjungi ialah Masjid Asy-Syakirin KLCC pada Sabtu, 20 Oktober, Dataran MBMB, Melaka (Ahad 21 Oktober) dan Dewan Besar UPSI, KSAS Tanjung Malim (22 Oktober).

Malah, kemunculan Habib Syech juga bakal menyaksikan penampilan khas  daripada Pembimbing Majlis Taalim Darul Murtadza iaitu Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Almawlid, Inteam dan Muhibbain.

Beliau yang dilahirkan pada 20 September 1961, merupakan salah seorang putera dari 16 bersaudara dan cahaya mata kepada al-Habib Abdul Qadir bin Abdurrahman Assegaf yang merupakan tokoh alim dan imam Masjid Jami’ Assegaf di Pasar Kliwon Solo.

Mendapat pendidikan awal daripada ayahanda tercinta, Habib Syech seterusnya mendalami ilmu agama bersama bapa saudara beliau, al-Habib Ahmad bin Abdurrahman Assegaf yang datang dari Hadramaut,Yaman.  Habib Syech juga mendapat pendidikan dan tunjuk ajar  dan perhatian dari  al-Imam al-Arif billah al-Habib Muhammad Anis bin Alwiy al-Habsyi  iaitu Imam Masjid Riyadh, Solo, Indonesia yang merupakan cucu al-Habib Ali Bin Muhammad al-Habsyi (Pengarang kitab maulid masyhur – Simtud Dhuror).

Alunan suara Habib Syech boleh didengari menerusi koleksi album beliau iaitu Qasidah dan Selawat Sufi 1 & 2, Qasidah Burdah dan Ya Hanana. Kesemua album itu terbitan dan edaran Inteam Records selaku pihak yang bertanggungjawab membawa Habib Syech ke Malaysia dan menganjurkan We Love Rasul Tour. Semoga cinta dan rindu pada baginda Rasul SAW terus bersemarak di dalam hati sanubari kita semua. Allahumma solli wasallim wa barik ‘alaih.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago