Tujuh Lagu Layak Ke Pentas Akhir Anugerah Carta 114 Musim Kedua TV AlHijrah

TV AlHijrah baru-baru ini telah mengumumkan tujuh kategori pencalonan yang telah berjaya melayakkan diri ke Kemuncak Anugerah Carta 114.

Penganjuran Anugerah Carta 114 kali ketiga ini mengiktiraf karya nasyid sebagai medium seni yang mendidik jiwa dan memperkayakan budaya sekaligus mengangkat martabat karya nasyid tempatan dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni muzik Islam.

Sepanjang 43 minggu siarannya pada tahun 2024, TV AlHijrah menampilkan sistem pemarkahan yang telus. Sebanyak empat kategori dinilai sepenuhnya oleh panel juri profesional, dua kategori berdasarkan gabungan 70% undian peminat dan 30% juri profesional, manakala satu kategori sepenuhnya ditentukan oleh undian peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, “lagu bergenre ketuhanan bukan sekadar seni hiburan, ia adalah wasilah dakwah yang berfungsi sebagai jambatan antara seni, budaya dan keimanan.

“Penganjuran Anugerah Carta 114 ini bukan sekadar acara penghargaan, tetapi sebuah usaha kolektif untuk menyuburkan kesedaran masyarakat tentang nilai seni yang berpaksikan adab, ilmu dan iman.

“Kami percaya, seni yang baik adalah seni yang membawa manusia lebih dekat kepada Allah. TV AlHijrah komited untuk memastikan seni Islam terus relevan dalam arus perdana. Ini adalah manifestasi keberkesanan seni dalam membangunkan jiwa manusia,” jelasnya.

Sebanyak 49 lagu telah bertanding dalam Carta 114. Namun, hanya tujuh lagu terbaik telah berjaya mara ke pentas kemuncak.

Antara kategori dan pemenang yang berjaya ke Anugerah Carta 114 adalah;

  • Susunan Muzik Terbaik: Hanya Dia nyanyian Halim Ahmad dan Aiman Sidek memenangi kategori ini dengan markah tertinggi, 75%, mengatasi Sirih Pulang ke Gagang (74.7%) dan Gapura (74.3%).
  • Muzik Video Terbaik: Sirih Pulang ke Gagang muncul juara dengan 75%, mendahului Cinta Takkan Tewas (69.3%) dan Bebaskan (67.3%).
  • Lirik Terbaik: Cinta Luar Biasa nyanyian Rabithah, hasil karya Akmal Mustafa, mencatat 79.3%, mengungguli Cinta Takkan Tewas dan Gapura.
  • Solo Terbaik: Idris Shamsuddin melalui lagu Cinta Pada-Mu berjaya memukau juri dengan markah 85%, mengatasi Haadi (Kau Bak Permata, 84%) dan Ezyree Fayyad (Husnul Khotimah, 80%).
  • Artis Berkumpulan Terbaik: lagu Salam Madinah oleh penyanyi Madinah dinobatkan sebagai pemenang dengan memperoleh 85%, mengetepikan Gapura (82%) dan Khaulah Al-Azwar (79%).
  • Kategori Terunggul Carta: Kau Bak Permata lagu nyanyian Haadi paling unggul hasil penilaian pihak produksi dan juri profesional.
  • Pilihan Peminat: Lagu Abu Ubaidah nyanyian Darwish mendominasi undian peminat dengan 2,221 undi, jauh meninggalkan Khaulah Al-Azwar (637 undi) dan Kau Bak Permata (462 undi).

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa para finalis Anugerah Carta 114 tahun ini menunjukkan bahawa bakat besar dalam industri ini tidak hanya mencipta hiburan, tetapi juga mampu menyampaikan mesej dakwah yang kuat dan menyentuh hati.

Majlis kemuncak Anugerah Carta 114 2025 akan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah pada 1 Februari 2025, Sabtu, jam 9 malam. Rancangan ini menampilkan persembahan eksklusif daripada barisan finalis dan artis jemputan. Acara ini bukan sekadar perayaan seni, tetapi juga satu santapan rohani buat penonton untuk menghayati keindahan Islam melalui seni yang penuh makna.

Penonton boleh mengikuti rancangan ini serta kesemua rancangan terbaik TV AlHijrah melalui saluran TV AlHijrah, platform media sosial rasmi, serta portal AlHijrah Online.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago