Ulasan
0 comments

Konsert Keempat Gema Gegar Vaganza – Pentas ini siapa punya?

by on April 30, 2017
 

MELIHAT pada senarai lagu yang diterima minggu lepas, ada diantara kami yang mula tepuk dahi. Ada di antara lagu-lagu yang akan disampaikan pada minggu ini diluar jangkauan kami, dan kami sudah mula mencongak, siapa yang bakal menjadi mangsa.

Okaylah, kami pun malas nak membebel panjang. Baca sahaja apa yang ada kami sediakan dibawah.

WANI – Saya tak tahu di mana silapnya, tetapi persembahan Wani pada malam ini sedikit sangkut di sana sini. Pada awal persembahan, beliau nampak agak gugup sedikit. Terlalu rushing sampai ia menjejaskan synchronize bersama muzik.

SAUJANA – Dengan idea bersama kumpulan koir tampak seperti membawa feel ala-gospel, jarang penasyid buat konsep begini. Cuma saya tak tahu, atau mungkin salah dengar… pitching ada tergelincir sikit. Tapi biasalah tu kalau persembahan live.

ANA RAFFALI – Lagu Balqis nyanyian Siti Nurhaliza sekali lagi memerangkap Ana Raffali selepas terselamat minggu lepas. Kali ini segalanya tak menjadi. Hmmm

HIJJAZ – Selepas tiga minggu membuatkan para penonton menangis, minggu ini mereka tampil dengan persembahan yang lebih rileks, santai tapi tetap ada unsur hype. Cumanya, nampak Isman seorang sahaja yang beria-ria mahu menguasai persembahan sementara yang lain sekadar berlegar di tengah. Ya, memang nampak terlalu santai.

Konsert Keempat Gema Gegar Vaganza

AZMI – Sekali lagi dia memang buktikan yang dia ni serba boleh. Kemampuannya menyanyikan lagu berbahasa Inggeris di luar jangkaan kami. Jujur kami ternganga melihat persembahan beliau kali ini. Pronunciation semua hampir tiada masalah.

UNIC – Seperti kami cakap sebelum ni, UNIC layak digelar sebagai ‘Raja Pentas’. Penguasaan pentas mereka sangat awesome, mampu menghidupkan suasana ceria. Mereka bukan sahaja ada karakter seorang artis, malah mereka sudah layak digelar sebagai ‘performer’. Pakej semua dah ada. Lagu Ghazal Untuk Rabiah ni susah sebenarnya, tapi celah gigi je mereka tapau!

Konsert Keempat Gema Gegar Vaganza

HAFIZ HAMIDUN – Beliau tampil dengan penuh keyakinan, mungkin kesan momentum REUNIC minggu lepas. Cuma seperti kata Datuk Ramli MS, props dan penari di belakang agak mengacau.

MIRWANA – Nampaknya bila tengok kumpulan-kumpulan nasyid cukup enjoy di atas pentas malam ni, maka Mirwana pun mengambil keputusan untuk turut menggila malam ini. Dengan koreografi yang mencetuskan suasana hype.

Kami nampak, pada minggu ni, kebanyakkan peserta lebih tertumpu kepada showmanship dan penguasaan pentas dan tidak terlalu fokus pada vokal semata-mata. Rata-rata mereka mahu menunjukkan siapa yang menjadikan pentas GGV kali ini mereka yang punya.

Korang rasa siapa?

Kedudukan Peserta Gema Gegar Vaganza Minggu ke-4

1. HIJJAZ

2. Hafiz Hamidun

3. Mirwana

4. Azmi Saat

5. UNIC

6. Saujana

7. Wani

8. Ana Raffali

Anugerah Gema Terindah (Karya Kreatif): Mirwana – Raikan Cinta

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response