Ulasan
0 comments

Konsert Ketiga Gema Gegar Vaganza – Dah Mula Naik Tocang!

by on April 23, 2017
 

Gema Gegar Vaganza minggu ketiga menjadi antara episod yang paling ditunggu peminat. Selepas isu kepancitan dan beberapa isu lain menyelubungi persembahan, adakah minggu ini akan lebih baik? Dan apabila Astro mengumumkan list lagu yang akan disampaikan, ramai yang teruja. Lagu nasyid oii!!

Rasanya minggu lepas ada diumumkan bahawa minggu ini temanya ‘nasyid akustik’. Tapi bila menontonnya… apa yang akustik? Macam full band je. Namun bagi saya, itu bukan isunya. Yang penting, semua mahu enjoy.

Jadi, apa yang saya nampak pada minggu ni? Adakah para penasyid akan naik tocang minggu ini. Hmmm…

Azmi Saat – Seperti biasa, beliau dengan persembahan memukau. Lagu HambaMu itu merupakan satu lagu yang agak laju, tapi arrangement muzik untuk malam ini diolah daripada laju kepada padu!

Saujana – Mereka melakukan sesuatu yang lebih baik daripada minggu lepas. Kali ini mereka nampak lebih rileks dan fokus pada lagu, tidak kelihatan penat seperti minggu lepas.

Mirwana – Mereka dah buktikan, bila sampai bab harmoni, tiada siapa boleh lawan. Saya suka untuk gambarkan Mirwana ni sebagai pasukan bola sepak, di mana mereka bijak menyusun strategi siapa yang perlu amik part mana.

Wani – Susunan muzik yang sedikit dark dan agak drastik juga arrangement muziknya diubah, dan ia sangat membantu beliau menyampaikan lagu ini dengan cemerlang. Cuma Wani kena hati-hati dengan pitching. Kami pilih beliau untuk menjadi peserta wanita tunggal untuk ke final.

Ana Raffali – Jangan samakan Ana Raffali dengan Ramli Sarip! Beliau cuba membawakan lagu ini dengan gayanya yang tersendiri. Namun pada hakikatnya, feel dan ‘ruh’ lagu ini sebenarnya yang memerangkap Ana Raffali.

Hijjaz – Sebelum masuk chorus full band tu ada macam tenggelam sikit. Tapi lepas masuk full band… BOOM! Memang all out. Sekali lagi, Hijjaz suka menggunakan separuh kedua lagu untuk dijadikan klimaks persembahan yang memang sepatutnya seorang legend ada.

Izam EYE – Lagu Afgan ini dilihat sangat menguji beliau. Dan daripada ekspresi muka beliau, nampak beliau seperti agak struggle mempersembahkan lagu ini. Maaf, ianya tak sampai.

Hafiz Hamidun – Dia tampak sangat enjoy dalam persembahan kali ini. Keyakinan, itu kata kunci yang ada dalam persembahan kali ini, sekaligus menutup terus beberapa kelemahan dalam persembahan minggu lepas.

UNIC – Satu kelebihan yang ada pada UNIC sejak dahulu lagi, mereka sangat bijak menguasai pentas, malah mereka juga bijak menguasai penonton. Senang cerita, bila diorang dah naik pentas, hanya satu sahaja… Ini venue kami punya!!

Keseluruhannya, kami berpuas hati untuk Gema Gegar Vaganza minggu ini. Ada beberapa isu kecil seperti pitching terkucil sedikit tapi kami rasa itu benda biasa. Yang lain? Nak gak dengar komentar kalian. Amacam?

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response