Ulasan
1 comment

Lamido Tawar Diskaun Sehingga 70%

by on February 6, 2015
 

Sekarang ni ramai dikalangan rakyat Malaysia yang sudah mula rasa selesa untuk membeli-belah secara online. Ini terbukti dengan kehadiran pelbagai laman sesawang yang membolehkan pengguna di Malaysia khususnya untuk membeli barangan pilihan mereka yang selalunya tidak terdapat di pasaran tempatan. Kadang-kadang dalam waktu pejabat pun masih ada yang sempat melayari laman-laman jual beli atas talian ini. Mujur majikan pun kaki online shopping juga.

Baru-baru ini Munsyeed berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman membeli-belah di laman Lamido Malaysia. Sejujurnya, ini merupakan kali pertama kami dengar dan tahu akan kewujudan laman jual beli atas talian tersebut. Memandangkan nama Lamido masih baru di telinga Munsyeed, perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari maklumat berkaitan laman tersebut di Google dan juga laman SSM e-Info. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi, barulah kami berasa yakin untuk mula membuat pembelian di Lamido.

Proses pembelian atas talian yang kami lalui di Lamido adalah sangat mudah tetapi disebabkan terdapat pilihan tawaran yang pelbagai, sedikit sebanyak ianya menyulitkan kami untuk membuat pilihan produk yang tepat. Antara barangan yang ditawarkan di Lamido Malaysia termasuklah pakaian, gajet & peralatan elektronik, permainan kanak-kanak, produk kecantikan, pelbagai variasi aksesori dan banyak lagi. Boleh rambang mata dibuatnya!!

This slideshow requires JavaScript.

 

Selesai sahaja memilih barangan yang ingin dibeli, beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) serta emel mengandungi maklumat pembelian dan kaedah untuk meneruskan transaksi dihantarkan kepada kami oleh pihak Lamido. Jika anda merupakan seorang yang baru ingin berjinak dengan pembelian secara online, segala maklumat yang terdapat di dalam emel serta sms yang dihantarkan tersebut sangat membantu.

Setelah menerima pengesahan pembayaran serta maklumat penghantaran bungkusan, akhirnya produk yang dipesan selamat sampai ke tangan kami dalam tempoh yang dijanjikan. Sepanjang proses pembelian atas talian menggunakan laman Lamido Malaysia, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi sekiranya terdapat sebarang komplikasi atau masalah, anda masih boleh membuat aduan kepada pihak Lamido Malaysia di sini.

Untuk makluman pembaca Munsyeed, Lamido Malaysia kini menawarkan diskaun sehingga 70% sempena musim perayaan kali ini dan akan berakhir pada 9 Febuari 2015. Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan dan tawaran yang menarik, kunjungi Lamido Malaysia sekarang.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response