Ulasan
0 comments

Review Album: Al-Farabi Band – The Album

by on June 1, 2011
Details
 
 

KERAS DAN ENERGATIK. Mungkin dua perkataan itu yang mampu kami ungkapkan sebaik mendengar keseluruhan album Al-Farabi Band – The Album.

Sekali imbas dan mendengar material sulung kumpulan berasal Shah Alam ini, sudah nampak yang mereka cuba menggunakan muzik rock sebagai acuan dalam teras setiap lagu mereka. Tidak hairanlah, kumpulan ini juga memilih formasi ala sebuah band rock untuk berkarya.

Karya dalam rilisan mereka yang pertama kali ini, mereka cuba menyerapkan semangat adrenalin muzik rock sebagai pembakar semangat dalam setiap lagu. Dari segi liriknya pula, banyak tertumpu pada seruan jihad dan semangat untuk berjuang  dalam menegakkan agama Islam.

Kami begitu tertarik dengan gaya pembawaan lagu Evolusi yang merupakan remake kepada lagu ‘Islam Yang Telah Berkembang’ daripada Nadamurni serta lagu Amanat. Ternyata, semangat muzik rock yang dibawa oleh mereka kena dengan pembawakan lagu semangat seperti ini.

Cuma dari segi muziknya, rasanya banyak lagi perlu dipertingkatkan terutama dari segi sound gitar. Namun, arrangement pada sesetengah lagu yang tampak padat menutup sedikit kelemahan yang ada.

Turut diselitkan, sebuah Bonus CD yang mengandungi lagu-lagu yang sama, tetapi dimainkan dalam bentuk akustik.

Rasanya, inilah alternative terbaik buat anak muda masa kini yang meminati muzik rock dan dalam masa yang sama, mahukan sesuatu kelainan dalam nasyid. -Munsyeed{Dot}Com

 

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- [email protected]
Editor Rating
 
Vokal
89%

 
Susunan Muzik
90%

 
Kulit Album
88%

 
Kualiti Rakaman
89%

 
Kepuasan
87%

Total Score
89%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal
87%

 
Susunan Muzik
73%

 
Kulit Album
80%

 
Kualiti Rakaman
90%

 
Kepuasan
84%

User Score
83%

You have rated this

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan