Ulasan
0 comments

Review Album : Devotees – Berjalan Tanpa Henti

by on June 3, 2011
 

Menunggu juga album ini, kerana jika dilihat daripada album terdahulu, selain daripada vokal yang mantap, Devotees juga dikenali dengan muzik pop ringan, tetapi padat.

Nah, CDnya sudah berada di tangan kami. Jadi, mari kita review lagunya satu persatu….ROLL ON MAN!

Track 1: Berjalan Tanpa Henti- Membuka track pembukaan album pop ringan. Strum gitar dan susunan muzik yang sederhana membuatkan lagu ini terasa sedikit santai. Sesekali diselangi dengan sound perkusi dan hand clap. Pembawaanh vokal juga kedengaran sederhana.

Track 2 – Bersama – Track ballad. Lagu ini sedikit-sebanyak menguji kekuatan setiap ahli Devotees. Muziknya juga kelihatan ringkas tanpa ada eksperiment yang banyak. Pujian buat susunan vokal ala-koir di bridge!

Track 3: Hadirnya Cahaya SAW – Tempo upbeat yang rancak, dengan dibantu muzik yang kedengar sedikit artificial yang melatari dibelakang terutama synthesizer. Vokal pula, mereka cuba mengaplikasikan lengok-lengok nasyid tradisional ala timur tengah.

Track 4: Selagi Hayatmu Disini – Ballad sekali lagi, namun pharasing lagu ini tampak lebih kompleks daripada lagu Bersama. Muziknya masih biasa, pop ringkas yang sesuai dengan pembawaan lagu ini. Saya amat tertarik dengan melodi dan susunan vokal lagu ini. Ballad terbaik album ini.

Track 5: Don’t Walk Away – Wow, teruja saya mendengar satu-satunya track berbahasa Inggeris. Semena-mena teringatkan kumpulan barat seperti Westlife, Boyzone dan sebagainya. Lagu ini seakan meletakan album ini sebagai ada standardnya. Walaupun ia berbahasa Inggeris, namun kami sepakat menjadikan lagu ini PILIHAN TERBAIK DALAM ALBUM INI!

Track 6: Harapan (Feat Salleh Brothers)  – Intro yang cukup surprise dan best. Rasanya, muzik lagu ini paling kompleks dalam semua lagu dalam album ni. Berbentuk moderate, dan penampilan Salleh Brothers menjadikan lagu ini menjadi. Kedengaran berat, sedikit dark pada pembawaannya. Oh, lupa, karya-karya hasil composer hebat Dakmie selalunya dark bunyinya, tetapi mantap!

Track 7: Rindu Kedamaian – Rasanya formatnya sama dengan lagu Selagi Hayatmu Disini. Sedap didengar. Cuma lagu ni dengar berat sikit.

Album ini rata rata disulami tempo moderate dan slow beat tanpa banyak upbeat ‘loncat-loncat’. Namun, pujian terbaik diberikan buat ahli Devotees atas susunan vokal yang sangat mantap. Malah susunan muziknya, walaupun tak disulami dengan eksperimen yang pelik (dan bukan-bukan!), ia kedengaran padat malah ruang ruang kosong juga ditampung dengan bijak. Kelibat pemuzik, terutama Along Exist yang terlibat nampak baik hasilnya, malah amat mantap!

Apapun, dengarkan sendiri. Pasti teruja! -Munsyeed{Dot}Com

 

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- [email protected]
Editor Rating
 
Vokal
90%

 
Susunan Muzik
87%

 
Kulit Album
90%

 
Kualiti Rakaman
89%

 
Kepuasan
93%

Total Score
90%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal
72%

 
Susunan Muzik
69%

 
Kulit Album
96%

 
Kualiti Rakaman
93%

 
Kepuasan
79%

User Score
82%

You have rated this

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan