Tak perlu dinafi, mereka memang hebat. Harmoni juga cemerlang
Errrr, macam pendek je durasi album ni. Mungkin patut rakam lebih banyak zikir.
ZIKIR DUET? Apa pula kali ni? Itu persoalan saya apabila menerima CD Zikir terbaru keluaran Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) yang bertajuk Gemersik Hati 2 : Doa dan Zikir Keinsafan
Keluaran kali ini agak istimewa, kerana buat pertama kali, dua penzikir tersohor tanah air iaitu Ustaz Munif Ahmad dan Ustaz Amaluddin bergabung dalam satu album. Saya agak, mungkin kompilasi biasa, satu zikir berselang-selang diantara mereka. Namun bila dikhabarkan mereka berzikir secara duet, saya bertanya, camana agaknya hasilnya
Membuka cover CD album ini, rasanya biasa sahaja tiada apa yang menarik. Cuma sedikit kecewa tiada inlay disertakan di dalam. Jadi agak sukar saya mengetahui siapa yang berada di belakang tabir album ini.
Membuka track pertama album ini yang bertajuk Huwallah, saya mula terpegun dengan kelainan album ini. Suara harmoni yang melatari setiap zikir album ini disusun dengan melodi yang sangat cantik. Rasanya, harmoni sebegini hanya saya dengar dalam album-album antarabangsa, contohnya album Sheikh Misyari Al-Afasy.
Rasanya tak perlu lagi dipersoalkan lantunan suara Ustaz Munif dan Ustaz Amal, mereka memang pakar dalam bab album zikir ni. Malahan, konsep zikir duet yang ditampilkan memberi satu suntikkan segar dalam album bercorak zikir sebegini. Setiap turun naik nada, disusun rapi ditambah dengan elemen istimewa ‘Sahut-menyahut’ yang tak pernah saya dengar sebelum ini?
Ingin dengar konsep album zikir yang mempunyai kelainan? Dapatkan album ini!
Dua-dua dah diketahui kehebatan album zikir mereka... apa lagi nak kata....
Aizat Ikhwan
Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass GuitarAPA KATA ANDA?
Facebook
Disqus
Munsyeed