Selepas mengharungi 7 konsert mingguan, program realiti nyanyian Gema Gegar Vaganza akhirnya melabuhkan tirai dengan menobatkan kumpulan nasyid UNIC sebagai juara musim pertama.
Trio UNIC yang membawakan lagu hits mereka berjudul Ainul Mardhiah dan Kalah Dalam Menang pada segmen battle bersama kumpulan SAUJANA nyata berjaya memberikan persembahan yang memukau para penonton serta juri profesional. Dengan kemenangan ini UNIC membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan juga trofi sumbangan Astro.
Aksi hebat Hijjaz di konsert akhir menerusi lagu Fatamorgana dan Alhamdulillah di segmen kedua bersama Mirwana berjaya meletakkan mereka pada kedudukan naib juara bagi musim ini sekaligus menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi daripada Astro.
Selain mendapat tempat kedua, Hijjaz juga turut menerima Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang telah dipilih menerusi undian secara atas talian sepanjang konsert akhir Gema Gegar Vaganza berlangsung. Pemenang menerima wang tunai sebanyak RM5,000 sumbangan Serai Mas.
Tempat ketiga disandang oleh kumpulan Mirwana yang tampil dengan persembahan lagu Ya Rasulullah nyanyian asal oleh Raihan. Aksi bertenaga Mirwana pada pusingan kedua mempersembahkan lagu Alhamdulillah nyanyian asal Too Phat dan Yasin memberikan saingan yang cukup hebat kepada Hijjaz.
Mirwana pulang membawa wang tunai RM20,000 dan juga trofi daripada Astro.
Azmi Saat pula berjaya menduduki tempat keempat sekaligus menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro. Persembahan Azmi yang membawakan lagu Damai Yang Hilang nyanyian asal kumpulan NOWSEEHEART berjaya memberikan persaingan hebat di konsert akhir GGV.
Gandingan bersama Hafiz Hamidun menyampaikan lagu Aku Maafkan Kamu dalam pusingan battle menyerlahkan lagi kehebatan vokal Azmi yang jarang diperlihatkan kepada para penonton dalam persembahan-persembahannya yang lalu. Ini sekaligus memberikan kemenangan kepada Azmi untuk Anugerah Gema Terindah kategori Gempak Gempur dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000 tajaan Kopi Pak Belalang.
Konsert akhir Gema gegar Vaganza telah bersiaran secara langsung di Astro Oasis dan Maya HD pada hari Ahad jam 9 malam. Acara gilang-gemilang ini dihoskan oleh Siti Nordiana, Achey dan juga Fikri Lawak Solo. Turut hadir memeriahkan konsert akhir ialah penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza yang hadir sebagai juri jemputan di samping Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi yang menggalas tugasan selaku juri profesional setiap minggu.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza berakhir dengan persembahan penutup daripada Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan lagu baru bertajuk Aku Bukan Malaikat ciptaan Opick, disusuli dengan persembahan daripada kumpulan Rabbani mempersembahkan lagu Pergi Tak Kembali.
Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.
Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.
“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.
I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.
Other Releases
“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.
“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.
“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.
All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.
Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.
Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.
Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.
“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.
“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.
Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.
“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.
“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.
“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.
Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.
Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.
“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.
“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.
“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.
Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.
Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.
Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.
Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.