Categories: BeritaTempatanTerkini

Update Mengenai Syah Inteam Di Hospital

Amin Inteam, Husaini Munsyeed{Dot}Com dan Syah Inteam

Berita Syah Inteam Dimasukkan Ke Hospital cukup mengejutkan ramai pihak termasuk kami di Munsyeed{Dot}Com. Sebaik sahaja kami mendapat berita tersebut, kami terus menghubungi Syah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Selepas selesai menunaikan Solat Asar semalam, anggota kumpulan Inteam; Muhammad Hazamin Bin Harun atau lebh mesra disapa Amin Inteam telah mempelawa wakil Munsyeed{Dot}Com dan komposer terkenal, Frizdan untuk turut serta menziarahi Syah Inteam di hospital.

Sejurus sahaja kami tiba, Syah Inteam menyambut kami dengan senyuman manis sambil bersandar beralaskan bantal di atas katil.

Menurut Syah, beliau mengalami bengkak pada kaki yang agak serius sejak 2 minggu lalu dan bengkak tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda penyusutan malah semakin merebak dan panas. Beliau turut mengalami demam awal minggu ini gara-gara masalah bengkak tersebut.

“Saya pergi ke hospital awal pagi ini untuk membuat pemeriksaan selepas bengkak tersebut semakin serius. Sebaik selesai diperiksa, doktor telah menasihatkan saya untuk masuk wad bagi memudahkan pemeriksaan lanjut dijalankan.” jelas Syah Inteam.

Tambah beliau lagi, selepas ditahan di hospital, doktor telah membuat pemeriksaan rapi terhadap beliau. Darah beliau diambil untuk diuji di makmal bagi ujian darah. Pagi tadi, beliau menjalani ultrasound bagi proses diagnosis lanjut.

Seorang doktor pakar dan seorang konsultan akan bertanggungjawab memantau tahap kesihatan Syah Inteam di hospital tersebut. Keputusan ujian darah dan ultrasound akan diperolehi dalam masa terdekat.

Pihak Munsyeed{Dot}Com menyeru para pembaca untuk sama-sama mendoakan semoga Syah Inteam kembali sihat dan sembuh seperti sediakala dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa.

– Munsyeed{Dot}Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago