Inteam -Iman Aman. Foto ihsan: Facebook Inteam. Hasil kreatif photoshoot Firdaus Mahadi.
Merangkul Anugerah Album Nasyid Terbaik 2010 menerusi album Allahu Rabbi, Inteam dilihat begitu berhati-hati dalam mengumpul material untuk album terbaru mereka. Hampir 4 tahun peminat menantikan album terbaru mereka. Mungkin penantian itu bakal berakhir kerana Inteam telah mengumumkan yang album terbaru mereka akan menemui peminat pada tahun ini. Ingin tahu lebih lanjut mengenai album terbaru Inteam? Jom ikuti info-info yang kami perolehi mengenai album terbaru Inteam. Lets check it out!
Inteam Reunited – Iman Aman. Foto ihsan: Facebook Inteam. Hasil kreatif photoshoot Firdaus Mahadi.
– Inteam sekali lagi menggunakan formula album Allahu Rabbi apabila menampilkan 2 bekas vokalis kumpulan itu, Suhaimi Saad dan Hisyam Ahmad dalam album terbaru mereka.
– Setakat hari ini, Inteam sudah perdengarkan 4 lagu baru dari album terbaru mereka: Jatuh Bangun, Iman Aman, Jumaat dan Kau Ditakdirkan Untukku. Jika Inteam masukkan 2 single mereka, Iftar dan Nur Kasih 2012 dalam album terbaru, ini bermakna 6 lagu dalam album baru sudah diperdengarkan kepada peminat.
– Inteam buat pertama kali akan menggunakan khidmat komposer luar negara dalam album mereka. Difahamkan, komposer terkenal Indonesia, Aden dari kumpulan Edcoustic telah menciptakan 2 buah lagu istimewa, khas untuk Inteam. Lagu Jatuh Bangun ciptaan Aden untuk Inteam telah mendapat respon yang cukup memberangsangkan dari para peminat kedua-dua belah negara.
– Disamping Aden, Inteam juga bakal menampilkan hasil karya Almawlid dan Muhibbain dalam album terbaru mereka. Pasti anda sudah dapat meneka genre muzik untuk lagu-lagu tersebut bukan? Tunggu sahaja! 🙂
– MUNGKIN, ini satu-satunya album Inteam yang bakal menampilkan ramai artis yang membuat featuring. Jeng jeng jeng….
– Adakah Inteam masih terikat dengan format album mereka dizaman Hijjaz Records dahulu yang bakal menyelitkan sebuah lagu lama yang diberi nafas baharu? Urm… nantikan!
– Ramai peminat yang mahukan Inteam berduet dengan Almawlid menyanyikan lagu Ya Badratim. Adakah ia akan direalisasikan? Kalau ya, kami antara yang teruja untuk mendengarnya!
– Dikhabarkan, untuk album terbaru ini Inteam ada menggunakan muzik string untuk lagu-lagu tertentu. Lagu yang mana? Woah! Tak sabar nak dengar lagu-lagu tersebut. 😀
– Selain artis tempatan, ada khabar angin yang kami terima mengatakan Inteam bakal berduet dengan artis luar negara. Betulkah? Siapa artis tersebut? Maher Zain? Raef? Zain Bhikha? Edcoustic atau Opick? Kalau benar, ini berita gembira buat peminat-peminat Inteam. Apa pun, ia belum disahkan lagi oleh Inteam. Kena tanya Inteam lepas ini.
– Antara magis yang dinanti-nanti dalam setiap album Inteam pasca zaman Hijjaz Records adalah karya sentuhan komposer tersohor, Frizdan. Bermula dengan lagu Pemergianmu melalui album Tiada Lagi Kasih, lagu-lagu ciptaan Frizdan merupakan karya emas yang wajib ada dalam album Inteam. Lagu terakhir beliau, Dia Muhammad nyanyian Inteam telah dijulang sebagai Lagu Nasyid Terbaik AIM 2010 yang menyumbang kepada anugerah seterusnya, Album Nasyid Terbaik AIM 2010. Lagu itu juga turut mendapat pengiktirafan dari Anugerah Nasyeed.Com apabila memenangi kategori Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik. Dengan pencapaian ini, pastinya peminat ternanti-nanti karya terbaru Frizdan yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Inteam. Kena sabar menanti ok!
Cukup dahulu setakat ini. Nantikan album terbaru Inteam yang bakal terbit di pasaran tidak lama lagi. Sokong industri muzik Malaysia dan dakwah seni ini dengan membeli HANYA YANG ORIGINAL. Cetak Rompak dan aktiviti muat turun secara tidak sah adalah haram disisi Islam dan membunuh kreativiti penggiat industri muzik.
Kami akhiri artikel ini dengan single terbaru Inteam, Jatuh Bangun.
– Munsyeed{Dot}Com