Kehangatan kian terasa! Walaupun dikhabarkan cover album terbaru Maher Zain – Forgive Me akan menggunakan design musim sejuk tetapi bahangnya tetap menyelimuti para peminat Maher Zain seantero dunia. Ternyata, kesabaran para peminat Maher Zain yang tidak jemu menunggu dan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan pembikinan album terbaru Maher Zain akan dibalas dengan pelbagai kejutan menarik dari Maher Zain dan Awakening sendiri.
Disini, kami siarkan beberapa info-info menarik yang kami perolehi mengenai album terbaru Maher Zain ini. Info-info ini masih bersifat ‘ura-ura’ dan ia hanya akan menjadi fakta setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Maher Zain dan Awakening Records sendiri.
- Dikhabarkan, album kedua Maher Zain akan diberi judul Forgive Me. (ala, semua orang sudah tahu da….)
- Dikatakan, album ini bakal dilancarkan pada 2 April 2012 untuk pasaran antarabangsa. Tidak pasti sama ada ia juga akan dilancarkan serentak di Malaysia atau berbeza tarikh.
- Difahamkan, Maher Zain akan datang ke Malaysia untuk pelancaran album terbaru beliau. Kalau ini benar, ia adalah hadiah paling istimewa Maher Zain buat para peminatnya di Malaysia khususnya Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC).
- Ura-ura mengatakan design diatas bakal mewarnai kulit album terbaru Maher Zain -Forgive Me. Beberapa laman web di Indonesia sudah mula menyiarkan design tersebut sebagai promosi untuk album terbaru Maher Zain – Forgive Me.
- Desas desus turut bertiup kencang mengatakan 100 pembeli terawal CD Maher Zain – Forgive Me di Malaysia bakal berpeluang untuk…..ehem-ehem… (Part ini, Admin pun teruja! Aiyo!)
- 14 lagu bakal dimuatkan dalam album Maher Zain – Forgive Me.
- Daripada 14 lagu yang dipersembahkan di dalam album tersebut, 9 lagu adalah lagu Inggeris (English) manakala 5 lagi lagu Arab.
- Antara 2 lagu Inggeris yang bakal dimuatkan dalam album tersebut adalah Freedom dan Number One For Me.
- Dikatakan, beberapa lagu Arab yang pernah disiarkan di luar negara akan dimuatkan dalam album terbaru Maher Zain. Namun, ia masih menjadi rahsia Maher Zain dan Awakening Records.
- Adakah Maher Zain akan tampil dengan sebuah lagu yang mempunyai senikata Melayu? Nantikan kemunculan album terbaru Maher Zain.
- Ada beberapa info perlu dirahsiakan buat masa ini atas sebab-sebab tertentu. Namun, yakinlah, Maher Zain seperti kebiasaannya tidak akan pernah berhenti untuk memberikan kejutan demi kejutan khas buat peminatnya. Jadi, nantikan kemunculan album terbaru Maher Zain – Forgive Me.
-Munsyeed{Dot}Com