Categories: BeritaInternational

Ustad Jefri Al-Buchori Meninggal Dunia

Ustad Jefri Al-Buchori. Sumber gambar: Google.

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita pulang. Pagi ini, kami mendapat berita sedih dari rakan negara seberang; Indonesia. Seorang pendakwah terkenal, Ustad Jefri Al-Buchori telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi ini.

Dalam kejadian itu, motorsikal Kawasaki E650 yang ditunggang Ustad Jefri telah melanggar sebatang pokok di Jalan Gedung Hijau Raya, Pondok Indah, Jakarta Selatan. Menurut sumber berita Indonesia, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 12.00 pagi waktu Indonesia Barat dan Ustad Jefri telah disahkan meninggal dunia pada 2.00 pagi di Rumah Sakit Pondok Indah.

Ustad Jefri Al-Buchori. Sumber gambar: Google.

Untuk makluman, Ustad Jefri, 40, merupakan seorang pendakwah yang cukup terkenal di Indonesia. Lahir pada 12 April 1973, Ustad Jefri adalah seorang pendakwah yang sangat bijak mengambil hati masyarakat dan mesra dengan golongan muda. Tidak hairanlah Ustad Jefri begitu popular dan sering didampingi oleh golongan muda di Indonesia.

Album UJE – Lahir Kembali

Disamping memberikan kuliah agama, Ustad Jefri juga pernah menerbitkan album religi pada 2006 berjudul Lahir Kembali. Beliau juga pernah mencipta beberapa lagu religi untuk artis terkenal seperti Opick dan Ungu Band. Almarhum meninggalkan seorang balu dan 3 orang cahaya mata; 2 perempuan dan seorang lelaki.

Kami di Munsyeed ingin menyeru rakan-rakan pembaca untuk berdoa semoga almarhum ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. Munsyeed juga menyeru para pembaca untuk menunaikan Solat Jenazah Ghaib seperti yang pernah dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya, pemergian daie hebat seperti Ustad Jefri amat dirasai oleh kita semua. Semoga keluarga almarhum ustad tabah dan cekal menghadapi ujian ini.

 

*Sumber berita: Liputan6.Com.
Disunting oleh: Tim Editorial Munsyeed{Dot}Com

– Munsyeed{Dot}Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago