Ustazkah penasyid?

Menyelosori sudut dunia hiburan di Malaysia, wujudnya satu perjuangan seni yang membawa tema ‘islam’ dalam setiap penghasilan yang dilakukan. Perjuangan ini dikaitkan dengan Islam kerana apa yang dikatakan oleh mereka tidak kira melalui bait lirik, wawacancara, liputan akhbar dan sebagainya menampakkan perjuangan mereka adalah untuk agama Islam. Mereka membawa juga imej Islam di setiap penampilan mereka. Lantaran itu perjuangan mereka ini digelar dengan nama Nasyid.

Karangan asal oleh AlongSafa

Hiburan nasyid bertapak di Malaysia agak terlambat berbanding hiburan yang lain. Orang-orang yang sezaman dengan zaman kegemilangan P.Ramlee tentu tidak pernah menyebut perkataan Nasyid ini sendiri kerana sememangnya nasyid tidak wujud pada waktu itu. Apa yang orang tahu hanyalah tarian twisse, pop yeh yeh, dan seumpamanya.

Pada hari ini, mungkin boleh dikatakan nasyid seiiring dengan muzik lain. Atau mungkin lebih tepat, nasyid mengekori peredaran muzik hari ini yang semakin lama semakin maju, canggih, semakin tinggi mutu dan kualiti dari segi aspek rakaman, arrangment muzik dan lain-lain.

Kembali kepada tajuk sebenar topik ini, apabila menyebut nasyid, maka terbayanglah di akal fikiran masyarakat bahawa nasyid merupakan satu wadah perjuangan Islam. Ahli-ahli nasyid dilihat sebagai pejuang agama yang baik kerana mereka menampilkan imej yang bersih melalui kulit album dan juga tutur bicaranya nan sopan melambangkan keindakan akhlak dan budi.

Menggelar penasyid dengan panggilan ‘Ustaz’ tidak kurang hebatnya. Ada juga peminat nasyid yang mengustazkan semua penasyid yang dia tahu kerana pada pemikirannya, setiap penasyid itu layak di panggil ustaz kerana mereka memperjuangkan agama.

Di Malaysia, gelaran Ustaz ini merupakan satu gelaran yang mulia dan dihormati masyarakat. Apabila peminat nasyid melabelkan penasyid sebagai ustaz, ianya satu pengiktirafan yang tinggi buat penasyid kerana di situ, mereka bukan sahaja menyanyi, tetapi mereka berperanan berdakwah kepada masyarakat.

Tidak dinafikan, sememangnya di kalangan penasyid, terdapat beberapa orang yang alim dan arif perihal ilmu islami. Ilmu yang mereka perolehi adalah melalui pembelajaran yang dilakukannya sendiri sama ada di pondok pondok, universiti, dan sebagainya. Maka beberapa penasyid ini diiktiraf dengan panggilan Ustaz malah masyarakat Malaysia sendiri mengiktiraf gelaran itu. (Bukan peminat nasyid sahaja).

Terdapat penasyid yang digelar Ustaz, semua orang menyenangi dengan gelaran itu. Malah yang bukan minat nasyid, wartawan, pemberita malah semua sekali mengiktiraf gelaran itu sehinggalah penasyid ini meninggal dunia.

Terdapat juga penasyid yang digelar ustaz tetapi diperlekeh oleh sebahagian masyarakat akan ketidakpatutan gelaran ustaz itu kepadanya. Perkara ini mungkin disebabkan akhlak penasyid itu yang berubah-ubah serta tindakan penasyid ini yang melawan arus dalam mendampingi masyarakat dengan caranya sendiri.

Ada penasyid yang tidak mahu digelar dengan panggilan Ustaz lantaran tidak layaknya mereka mendapat kemuliaan itu kerana berasakan dia hanya bernasyid. Untuk menjadi ustaz bukan semudah menyanyi nasyid. Dengan selingan beberapa tazkirah, membaca beberapa petikan al-Quran dan Hadis, maka penasyid layak digelar ustaz? Mungkin itu pendirian yang penasyid ini pegang hingga merendah diri tidak mahu digelar ustaz.

Ada juga penasyid yang semua orang panggil dia ustaz tapi dia tidak mengaku dia ustaz. Tetapi dalam masa sama, gunakan guna gelaran itu. Penasyid ini mengatakan bukan dia yang mengaku ustaz, tetapi orang lain yang panggil dia ustaz, jadi gelaran itu melekatlah pada dirinya.

Topik ini mungkin menimbulkan sedikit polemik. Mungkin akan ada yang menyatakan hujah bahawa gelaran Ustaz ini hanyalah istilah arab. Mungkin ada yang menyatakan perkara ini hanyalah isu kecil dan untuk apa dibicarakan.

Ustazkah penasyid? Untuk menjawab soalan ini, memerlukan penelitian. Gelaran ustaz harus sesuai dengan penampilan penasyid itu sendiri. Saya tidak dapat membayangkan penasyid ini mendapat gelaran Ustaz, tetapi pergaulan tidak dijaga dan penampilan berubah-ubah.

Jika kita melihat beberapa penasyid yang tidak digelar ustaz, apabila ada kes yang kurang enak didengar, nama Islam juga yang akan naik. Kerana nasyid ini memang tak dapat lari dari Islam. Apatah lagi apabila penasyid ini digelar ustaz, dibahunya memikul beban yang besar sebagai pembawa amanah dakwah. Lantaran itu, apabila ada masyarakat ternampak penasyid yang digelar ustaz menonton wayang, semua orang melenting terkejut.

Atas dasar ini, mungkin ada beberapa kumpulan atau artis solo nasyid mengisytiharkan diri keluar nasyid ataupun sudah menjadi bukan nasyid lantaran amanah yang besar berkait rapat dengan amanah dakwah. Anggapannya, apabila sudah tidak dilabel dengan nasyid, dunia seninya lebih bebas tanpa sekatan dan kawalan yang dibuat oleh peminat peminat.

Yang pasti, ustaz tetap ustaz. Penasyid yang ustaz ada.

Tetapi bukan semua penasyid itu ustaz.

Along Safa

Along Safa, Penulis Jemputan Munsyeed.com. Seorang yang popular dikalangan penasyid dan peminat nasyid dek kelantangannya memberi kritik saran kepada industri nasyid suatu ketika dahulu. Kini, bisanya masih terasa dengan penulisan-penulisan yang cukup kritis dan lontaran idea dan pengalaman yang cukup baik.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago