Malam tadi telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Munsyid Malaysia kali ke-2 yang bertempat di dewan seminar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mesyuarat yang dikendalikan oleh Zuwairi Che Ramly selaku pengerusi tetap telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asri Ubaidullah dan ucapan aluan daripada pemangku presiden, Ustaz Amaluddin Mohd Napiah.
Sejurus selepas selesai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan tayangan slaid serta pembentangan laporan aktiviti-aktiviti Munsyid Malaysia sepanjang sesi yang lalu. Dalam mesyuarat yang sama, barisan kepimpinan Munsyid Malaysia yang baru telah dilantik melalui proses undian bagi menggantikan tampuk kepimpinan sesi yang terdahulu.
Berikut adalah senarai saf kepimpinan baru yang telah dipilih:-
Barisan kepimpinan Munsyid Malaysia yang baru
Presiden: Ustaz Amaluddin Mohd Napiah (Ustaz Amal)
Timbalan Presiden: Muhammad Hazamin Harun (Inteam)
Setiausaha: Muhammad Razin Che Mud (Razin Mestica)
Timbalan Setiausaha: Husaini Hussein
Bendahari: Suffian Amrin (Pyan Saujana)
Ahli Jawatankuasa:-
- Mohd Radzi Sulaiman (Ito Lara)
- Aizat Jaafar (Hufaz)
- Abdullah Faiz Mohammad (Brothers)
- Azadan Abdul Aziz (Rabbani)
- Rozi Harun (Destiny)
- Muhammad Fizarahman (Frizdan)
Asad Du’a tekun mendengar pembentangan laporan.
Ustaz Amal meneliti setiap laporan
Antara penggiat industri nasyid yang hadir pada mesyuarat tahunan Munsyid Malaysia
– Munsyeed Dot Com