{"id":11078,"date":"2015-05-09T14:23:32","date_gmt":"2015-05-09T06:23:32","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=11078"},"modified":"2015-07-03T01:41:24","modified_gmt":"2015-07-02T17:41:24","slug":"gabungan-muhibbain-altimet-andy-flop-poppy-dan-loka-beri-sinar-harapan-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/gabungan-muhibbain-altimet-andy-flop-poppy-dan-loka-beri-sinar-harapan-baru\/","title":{"rendered":"Gabungan Muhibbain, Altimet, Andy Flop Poppy &#038; Dan Loka Beri Sinar Harapan Baru"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"wpsdc-drop-cap\">S<\/span>elepas penerbitan album <a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/2014\/10\/cukuplah-bagiku-kolaborasi-mantap-muhibbain-lah-ahmad\/\" target=\"_blank\">#LoveCintaMahabbah<\/a> pada tahun lalu, Muhibbain kini dilihat semakin rancak mengatur langkah di dalam karier seni. Mereka bukan sahaja sibuk memenuhi\u00a0undangan persembahan pentas, Muhibbain\u00a0kini turut aktif menyertai projek-projek amal dan kebajikan menerusi program yang dianjurkan oleh\u00a0pelbagai organisasi serta komuniti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam perkembangan terbaru, The Muhibbain baru sahaja\u00a0melancarkan sebuah single berjudul <em>Jangan Bimbang<\/em>, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Adeep Nahar dan Altimet. Selain Muhibbain, lagu yang diterbitkan oleh\u00a0Kengkawanproject ini turut membariskan\u00a0artis ternama terdiri daripada Dan Loka, Altimet dan Andy Flop Poppy.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Erwan, proses rakaman single\u00a0<em>Jangan Bimbang<\/em>\u00a0di studio Rafikoncept mengambil masa selama kira-kira 2 bulan untuk disiapkan. Tambahnya lagi, setiap hasil jualan lagu tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan yang bakal dijalankan oleh Kengkawanproject.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengulas mengenai mesej yang ingin\u00a0diketengahkan di dalam\u00a0single ini, Erwan menjelaskan, setiap ayat yang disusun oleh Adeep di dalam lirik <em>Jangan Bimbang<\/em>\u00a0merupakan satu bentuk suntikan motivasi dan\u00a0harapan kepada masyarakat khususnya di Malaysia agar tidak berputus asa. Penulisan lirik rap yang disumbangkan oleh Altimet nyata menyerlahkan lagi intipati yang ingin disampaikan dalam single\u00a0tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Dengan segala bencana, tragedi kemalangan, sosioekonomi dan keadaan politik semasa yang seakan-akan menekan, masyarakat harus\u00a0diingatkan agar tidak berputus asa dengan rahmat Allah.&#8221;<\/em><\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\">The Muhibbain Kembali ke Studio<\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semasa\u00a0dihubungi baru-baru ini, Erwan sempat berkongsi beberapa perkembangan terkini album baru The Muhibbain bersama Munsyeed untuk tatapan para peminat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Insya Allah, untuk album ketiga kita sasarkan sekitar 5-7 track lagu baru<\/em><em>&#8220;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujarnya lagi, lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album akan mengetengahkan elemen\u00a0selawat sebagai korus di dalam setiap track. Sama seperti album terdahulu, beberapa pengisian tazkirah daripada pendakwah terkenal turut akan diselitkan sebagai santapan rohani.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi kepada para peminat The Muhibbain, jangan lupa untuk dapatkan dahulu single\u00a0<em>Jangan Bimbang<\/em>\u00a0di <a href=\"http:\/\/on.munsyeed.com\/JanganBimbang\" target=\"_blank\">iTunes<\/a> sementara menunggu kehadiran buah tangan\u00a0terbaru daripada mereka. Semoga setiap sumbangan yang anda hulurkan mampu memberikan sinar harapan buat insan-insan yang memerlukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">[youtube url=&#8221;https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=AGm1JnUFnMg&#8221;]<\/p>\n<p>&#8211; Munsyeed<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas penerbitan album #LoveCintaMahabbah pada tahun lalu, Muhibbain kini dilihat semakin rancak mengatur langkah di dalam karier seni. Mereka bukan sahaja sibuk memenuhi\u00a0undangan persembahan pentas, Muhibbain\u00a0kini turut aktif menyertai projek-projek amal dan kebajikan menerusi program yang dianjurkan oleh\u00a0pelbagai organisasi serta komuniti. Dalam perkembangan terbaru, The Muhibbain baru sahaja\u00a0melancarkan sebuah single berjudul Jangan Bimbang, hasil ciptaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":11008,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,1],"tags":[1638,2042,2041,2040,1936],"class_list":["post-11078","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","category-terkini","tag-altimet","tag-andy-flop-poppy","tag-dan-loka","tag-jangan-bimbang","tag-the-muhibbain"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11078","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11078"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11078\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11008"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11078"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11078"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11078"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}