{"id":11468,"date":"2015-09-02T19:11:53","date_gmt":"2015-09-02T11:11:53","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=11468"},"modified":"2015-10-08T20:02:08","modified_gmt":"2015-10-08T12:02:08","slug":"if-one-dari-soundcloud-ke-media-arus-perdana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/if-one-dari-soundcloud-ke-media-arus-perdana\/","title":{"rendered":"IF-ONE: Dari SoundCloud Ke Media Arus Perdana"},"content":{"rendered":"<p>Sudah menjadi satu trend\u00a0masa kini apabila bakat baru dicungkil menerusi perkongsian rakaman video amatur yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube. Tidak dapat dinafikan lagi keberkesanan medium yang terbuka seperti ini\u00a0telah berjaya melahirkan ramai artis baru popular tanah air seperti Najwa Latif, Tasha Manshahar, Ainan Tasneem, Syed Syamim dan ramai lagi.<\/p>\n<p>Berbeza pula ceritanya dengan 3 orang anak muda yang menjenamakan diri mereka sebagai IF-ONE. Kumpulan nasyid ini yang dianggotai oleh\u00a0Abu Hurairah bin Roslan, Muhammad Firdaus bin Mokhtar dan\u00a0Fakhrulradzi bin Shahrudin mula mendapat perhatian Pengurus Imaan Music, KC. Ismail selepas mendengar keunikan lagu dan muzik yang dimuat naik di akaun laman perkongsian audio SoundCloud milik anggota kumpulan itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah mengenali IF-ONE dan karya mereka sejak tahun 2013 lagi. Sekitar penghujung 2014, saya terjumpa demo-demo yang mereka muat naik\u00a0di platform audio Soundcloud. Susunan muzik yang segar dan suara mereka yang harmoni telah menarik perhatian saya. Mereka membawa nafas baru dalam alunan zikir dan jika didengar berulang kali pasti menjadi terapi jiwa\u201d, ujar KC. Ismail yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden KRU MUSIC.<\/p>\n<p>\u201cSetelah berulang kali mendengar demo \u2018La Ilaha Illa Anta\u2019 di Soundcloud, saya terpanggil untuk menghubungi mereka dan menawarkan peluang merakamkan album di bawah bendera Imaan Music\u201d, tambahnya lagi.<\/p>\n<div id=\"attachment_11509\" style=\"width: 616px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/2015\/09\/if-one-dari-soundcloud-ke-media-arus-perdana\/if-one\/\" rel=\"attachment wp-att-11509\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-11509\" class=\"wp-image-11509\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one.jpg\" alt=\"if-one\" width=\"606\" height=\"462\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one.jpg 960w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-768x586.jpg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-590x450.jpg 590w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-950x724.jpg 950w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-600x458.jpg 600w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-280x214.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-205x155.jpg 205w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-180x137.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-360x275.jpg 360w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-790x602.jpg 790w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-300x229.jpg 300w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/if-one-900x686.jpg 900w\" sizes=\"auto, (max-width: 606px) 100vw, 606px\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-11509\" class=\"wp-caption-text\">Tunggak utama IF-ONE. Dari kiri: Fakhrulradzi, Firdaus dan Abu Hurairah.<\/p><\/div>\n<p>Bercerita mengenai makna di sebalik nama kumpulan ini, IF-ONE yang membawa maksud \u201cKALAU SATU\u201d\u00a0ialah\u00a0satu nama unik yang mewakili hasrat dan cita-cita tiga orang ahli anggotanya. Menurut\u00a0mereka,\u00a0<span style=\"font-weight: 400;\">apabila<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"> kita bersatu hati dan mempunyai satu cita-cita, satu matlamat, satu tujuan dan satu ilmu, kita akan hidup dalam keserasian. Jelas mereka lagi,\u00a0apa yang paling penting ialah kebenaran itu satu, tidak ada dua dan seterusnya. Jadi andai kita semua bersatu di bawah nama Islam yang sebenar, kita sebenarnya sedang berjuang menegakkan kebenaran.<\/span><\/p>\n<h4>Album Zikir Buat Hati<\/h4>\n<p>Trio IF-ONE tidak pernah menyangka akan mendapat peluang untuk melahirkan sebuah album penuh yang memuatkan pelbagai zikir dan lagu nasyid.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cSyukur kepada Allah kerana telah mengabulkan hasrat kami yang selama ini berkarya melalui muzik sambil menyampaikan dakwah. Tawaran daripada Imaan Music ibarat bulan jatuh ke riba\u201d kata trio IF-ONE.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Album yang memulakan produksi pada awal bulan Januari 2015 ini telah mengambil masa hampir 6 bulan untuk disiapkan. Mendapat sentuhan komposer dan penerbit baru Samuel Dzul, album ini dilihat mampu mengetengahkan keunikannya yang tersendiri\u00a0setaraf\u00a0dengan barisan album-album zikir terbaik di pasaran.\u00a0Antara zikir-zikir yang terkandung di dalam album ini adalah La Ilaha Illa Anta, Astagfirullah, Alhamdulillah, Subhanallah serta Asma Mu.<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">[youtube url=&#8221;https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=R2FhPcawshs&#8221;]<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Bersesuaian dengan konsep yang ingin diketengahkan di dalam album ini, <em>Zikir Buat Hati\u00a0<\/em>dipilih sebagai tajuk album sulung IF-ONE kerana setiap zikir yang dimuatkan di dalam album ini telah diadun bersama muzik yang mampu menonjolkan lagi elemen serta kesan terapeutik pada hati yang terdapat di dalam zikir itu sendiri.\u00a0Justeru ia bertepatan dengan maksud surah Ar-Ra&#8217;d ayat ke 28 yang bermaksud <em>&#8220;..hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang&#8221;.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Selain zikir-zikir yang dimuatkan di dalam album ini, <em>Zikir Buat Hati<\/em>\u00a0turut memuatkan dua buah track lagu nasyid berjudul \u201cPerjalanan Hati\u201d dan \u201cAda Hikmah\u201d. \u201cPerjalanan Hati\u201d merupakan lagu pertama yang dirakam oleh IF-ONE pada penghujung tahun 2013 sebelum mereka mengikat kontrak bersama Imaan Music. Lagu ini juga pernah mendapat putaran tertinggi di radio IKIM FM.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi memberikan warna serta\u00a0kelainan yang selari dengan moto Imaan Music, yakni berdakwah menerusi muzik, album ini turut mengundang dua pendakwah yang tidak asing lagi iaitu PU Faiz dan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari. PU Faiz adalah Naib juara Pencetus Ummah musim pertama manakala Ustaz Iqbal Zain adalah pendakwah bebas dari Darul Mujtaba yang sering muncul di TV Al Hijrah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Album IF-ONE <em>Zikir Buat Hati<\/em>\u00a0terbitan Imaan Music akan diedarkan oleh Arteffects International bersama\u00a0Sony Music Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Facebook<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">: <\/span><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/pages\/Imaan-Music\/671151336336863\" target=\"_blank\"><span style=\"font-weight: 400;\">Imaan Music<\/span><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Instagram<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">: <\/span><a href=\"https:\/\/instagram.com\/imaanmusic\"><span style=\"font-weight: 400;\">https:\/\/instagram.com\/imaanmusic<\/span><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">YouTube<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">: <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UC8BqvXmI5CW8crv89_6AaAQ\" target=\"_blank\">Imaan Music<\/a><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Munsyeed<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah menjadi satu trend\u00a0masa kini apabila bakat baru dicungkil menerusi perkongsian rakaman video amatur yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube. Tidak dapat dinafikan lagi keberkesanan medium yang terbuka seperti ini\u00a0telah berjaya melahirkan ramai artis baru popular tanah air seperti Najwa Latif, Tasha Manshahar, Ainan Tasneem, Syed Syamim dan ramai lagi. Berbeza pula ceritanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":11500,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,1],"tags":[2133,2134,1323],"class_list":["post-11468","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","category-terkini","tag-if-one","tag-imaan-music","tag-pencetus-ummah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11468","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11468"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11468\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11500"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11468"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11468"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11468"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}