{"id":12047,"date":"2016-03-03T04:58:31","date_gmt":"2016-03-02T20:58:31","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/?post_type=it_ulasan&#038;p=12047"},"modified":"2018-09-16T03:54:37","modified_gmt":"2018-09-15T19:54:37","slug":"review-suhaimi-saad-maksud-hidup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/review-suhaimi-saad-maksud-hidup\/","title":{"rendered":"Review: Suhaimi Saad &#8211; Maksud Hidup"},"content":{"rendered":"<p>Alhamdulillah, saya diberi peluang sekali lagi oleh Munsyeed untuk menjalankan tugasan <em>review<\/em> karya-karya terkini tanah air. Namun tugasan kali ini lebih berat nampaknya kerana saya perlu lakukan <em>review<\/em> album! Ini bermakna rangkuman pemerhatian saya perlulah meliputi setiap lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut. Album siapakah itu? Album siapa lagi kalau bukan album konsep terbaharu artis nasyid solo tanah air Suhaimi Saad yang berjudul \u2018Maksud Hidup\u2019.<\/p>\n<p>Apa yang istimewa berkenaan album ini ialah ia mengandungi lapan <em>track <\/em>yang bukan sahaja terdiri daripada lagu-lagu, sebaliknya digabungkan juga dengan <em>track <\/em>konsep zikir-zikir <em>evergreen<\/em>. Buat anda yang sudah mendengarkan album ini, boleh sama-sama kita telusuri secara lebih mendalam. Buat anda yang belum mendengarnya, mungkin ini bacaan yang baik untuk anda menilai sama ada album ini tergolong dalam kategori \u2018harus\u2019 atau \u2018wajib\u2019 dimiliki sebagai koleksi anda.<\/p>\n<h4><strong>\u2018Hasbi Rabbi\u2019, \u2018Astaghfirullah\u2019 &amp; \u2018Subhanallah\u2019<\/strong><\/h4>\n<p>Sebagai orang awam yang dibesarkan dengan alunan zikir-zikir, saya pasti ramai yang akan <em>familiar<\/em>\u00a0dengan tiga buah zikir ini. Menarik sekali, zikir <em>evergreen<\/em>\u00a0ini berhasil dialunkan semula oleh suara <em>\u2018evergreen\u2019<\/em> milik Suhaimi Saad untuk dimuatkan di dalam album terbaharunya. Semestinya dengan sedikit kelainan &#8211; gabungan komposisi piano yang ringan beserta alunan suara latar \u2018gaya Hafiz Hamidun\u2019 menjadikan zikir \u2018Hasbi Rabbi\u2019, \u2018Astaghfirullah\u2019 dan \u2018Subhanallah\u2019 ini tenang didengar sewaktu hati dilanda resah.<\/p>\n<p>Namun begitu, saya sebagai peminat alunan zikir sentiasa menantikan gubahan-gubahan baharu untuk zikir-zikir harian seperti ini untuk dipersembahkan di dalam sebuah album baharu. Pasti ada kelainan dan kepelbagaian terhadap pengamalan zikir-zikir ini. Walau bagaimanapun, saya yakin album ini telah pun memiliki <em>\u2018marketing strategy\u2019<\/em> dan golongan pendengarnya yang tersendiri kerana pasti ramai juga yang tercari-cari zikir-zikir yang sudah kebiasaannya didengar sebagai halwa harian. Lagi-lagi dialunkan semula oleh bekas ahli kumpulan nasyid Inteam ini yang memang sedap berlemak suaranya.<\/p>\n<h4><strong>Cinta Sidna<\/strong><\/h4>\n<p>\u2018Cinta Sidna\u2019 merupakan salah sebuah <em>track <\/em>yang sentiasa saya ternanti-nanti untuk mendengarnya. Sebelum penerbitan album ini, lagu \u2018Cinta Sidna\u2019 telah diperdengarkan lebih awal di laman YouTube dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pendengar dan peminat Suhaimi Saad. Lagu gubahan bersama Ito Lara \/ Alif Lam Ra (selaku penulis lirik) dan Hafiz Hamidun (selaku penggubah melodi) merupakan sinergi yang bagi saya berjaya dan harmoni.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"Cinta Sidna - Suhaimi Saad (Video Lirik Rasmi)\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/HrQMt51EGR0?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p>Lagu yang mengisahkan tentang cinta dan kehidupan Rasulullah SAW ini sangat bersesuaian dengan suara gemersik Suhaimi Saad. Malahan lirik yang dikarang oleh Ito Lara tidak pernah sesekali mengecewakan (berturutan selepas lagu \u2018Tangis Sebatang Tamar\u2019 nyanyian Dakmie). Kemudian gubahan melodi Hafiz Hamidun kali ini pula penuh dengan elemen kejutan yang mengasyikkan.<\/p>\n<p>Muzik yang melatari lagu ini juga sungguh berharmoni dengan persembahan gabungan <em>string<\/em> dan gitar akustik. Malahan perkusi-perkusi Arab yang dimainkan juga tidak mengecewakan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tidak pasti sama ada lagu ini telah dijadikan <em>\u2018official soundtrack\u2019<\/em> untuk mana-mana drama televisyen kerana ia memang berada di <em>level<\/em> itu! Jika belum, maka haruslah penerbit-penerbit drama tanah air pantas mengambilnya sebagai OST drama islamik mereka.<\/p>\n<h4><strong>\u2018Ilahi Lastu Lilfirdaus\u2019 &amp; \u2018Nour El Anwar\u2019<\/strong><\/h4>\n<p>Dua buah zikir lagi yang dimuatkan dalam album terbaharu ini memiliki sedikit kelainan yang boleh diambil perhatian. Walaupun ia merupakan zikir-zikir yang sudah kebiasaannya didengar dan boleh dikategorikan sebagai \u2018zikir <em>evergreen<\/em>\u2019, namun penggubah muzik bijak membawakan pembaharuan komposisi dan suara latar yang mengagumkan. Saya juga kagum dengan latar bunyi-bunyi perkusi arab yang sangat <em>\u2018rich\u2019<\/em> dan layak diberi pujian. Tidak ramai komposer Malaysia yang berjaya memasukkan elemen muzik padang pasir ke dalam sesebuah karya tempatan.<\/p>\n<h4><strong>Cinta Mu<\/strong><\/h4>\n<p>\u2018Cinta Mu\u2019 merupakan lagu ketuhanan yang khas ditujukan buat Allah. Sangat ringan untuk didengar dan memiliki elemen-elemen dari negara seberang Indonesia yang agak kuat. Sekali lagi vokal Suhaimi Saad perlu dipuji untuk sebuah karya yang hebat ini. Namun saya secara peribadi berpendapat suara latar \u2018gaya Hafiz Hamidun\u2019 perlu dikurangkan untuk lagu ini. <em>Let the vocal prove it!<\/em><\/p>\n<p>Secara keseluruhan, lagu ini memang sedap didengar. Namun begitu, roh atau berat suara untuk lagu ini boleh di \u2018punch\u2019 lebih dalam lagi. Pembaharuan Hafiz Hamidun untuk keseluruhan komposisi perlu dipuji, namun penting juga bagi saya untuk dikekalkan originaliti penyanyi asal. <em>Overall<\/em>, terbaik!<\/p>\n<h4><strong>Maksud Hidup<\/strong><\/h4>\n<p>Saya suka variasi yang dipamerkan oleh gitar akustik di dalam track lagu \u2018Maksud Hidup\u2019 ini. Diawalnya saya jangkakan lagu ini pasti memiliki sesesuatu yang berbeza kerana ia turut dipilih sebagai judul album ini sendiri. Ternyata, ia memang lain dari yang lain! Gemersik suara Suhaimi Saad untuk lagu ini juga sangat mengasyikkan. Meremang bulu roma dibuatnya.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"Suhaimi Saad - Maksud Hidup (Video Lirik)\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/RtV13UNvci4?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p>Tidak dinafikan lagu ini juga ada iras-iras bunyi dari negara seberang. Namun mesej positif yang terdapat didalamnya itu lebih harus dititikberatkan. Apakah sebenarnya maksud hidup bagi kita? Apa sebenarnya yang kita cari di dalam hidup ini? Sudahkah kita menemui jawapan terhadap asal penciptaan diri kita? Persoalan-persoalan ini berjaya dicuit lembut oleh lagu yang sarat dengan \u2018makna\u2019 ini. Menarik untuk diperkatakan, gaya pembawaan lagu ini ada iras-iras penyanyi Indonesia, Afgan juga. Walau bagaimanapun, \u2018Maksud Hidup\u2019 merupakan karya pop yang memang <em>\u2018best\u2019<\/em> untuk dilayan dan diulang dengar. <em>Thumbs up!<\/em><\/p>\n<p>Sekian sahaja review album \u2018Suhaimi Saad \u2013 Maksud Hidup\u2019 untuk artikel kali ini. Maaf jika ada terkurang atau \u2018terlebih\u2019 kata dalam menilai album terbaharu ini. Mungkin juga <em>review<\/em> saya ini berada diluar penilaian anda yang telah pun mendengar lagu ini. Jika ada sebarang penambahan, anda boleh kongsikan pemerhatian dan pengamatan anda terhadap album ini di ruangan komen. Mana tahu anda ada sesuatu yang boleh kita diskusikan. Mudah-mudahan bermanfaat. Hidup Nasyid untuk agama, bangsa, dan negara!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah, saya diberi peluang sekali lagi oleh Munsyeed untuk menjalankan tugasan review karya-karya terkini tanah air. Namun tugasan kali ini lebih berat nampaknya kerana saya perlu lakukan review album! Ini bermakna rangkuman pemerhatian saya perlulah meliputi setiap lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut. Album siapakah itu? Album siapa lagi kalau bukan album konsep terbaharu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":227,"featured_media":12051,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[14,1,13],"tags":[2089,566,2216,716],"class_list":["post-12047","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-album","category-terkini","category-ulasan","tag-album-baru","tag-arteffects-international","tag-maksud-hidup","tag-suhaimi-saad"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12047","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/227"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12047"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12047\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12051"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12047"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12047"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12047"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}